1
00:00:09,426 --> 00:00:11,345
Ayuh! Mari lakukannya!

2
00:00:12,471 --> 00:00:13,639
Ayuh!

3
00:00:47,130 --> 00:00:49,383
Saya dan Rupert membelinya
semasa ulang tahun kami yang kelima.

4
00:00:50,175 --> 00:00:52,344
Awak ada cita rasa yang mengagumkan.

5
00:00:53,595 --> 00:00:54,596
Awak mahukannya?

6
00:00:55,556 --> 00:00:59,142
Tapi, ia karya Hockney.
Pasti nilainya satu juta paun.

7
00:00:59,977 --> 00:01:01,979
Betul. Sepatutnya awak terima saja.

8
00:01:02,062 --> 00:01:03,856
- Lelongkannya.
- Baiklah, puan.

9
00:01:08,318 --> 00:01:09,486
REBECCA WELTON PEMILIK BARU
A.F.C RICHMOND SELEPAS BERPISAH

10
00:01:09,570 --> 00:01:10,445
RUPERT DAPAT WANITA LEMBAB,
REBECCA DAPAT LELAKI LEMBAB

11
00:01:10,529 --> 00:01:11,864
Jadi, Pn. Mannion...

12
00:01:11,947 --> 00:01:14,199
Maaf, Cik Welton.

13
00:01:15,534 --> 00:01:16,577
George sudah sampai.

14
00:01:16,660 --> 00:01:18,245
Kalau begitu, kenapa dia tiada di sini?

15
00:01:18,328 --> 00:01:20,956
Ya. Betul cakap awak.

16
00:01:21,540 --> 00:01:22,541
George.

17
00:01:23,125 --> 00:01:25,294
- Si Dungu.
- Tamparan yang bagus.

18
00:01:25,919 --> 00:01:28,046
Hei. Saya suka perubahan
yang awak buat di sini.

19
00:01:28,922 --> 00:01:30,924
Awak buat sendiri
atau minta bantuan si pondan itu?

20
00:01:31,008 --> 00:01:33,135
Saya mahu tanya soalan sama
tentang rambut awak. Silakan.

21
00:01:34,720 --> 00:01:36,221
Dia memang nakal, bukan?

22
00:01:36,847 --> 00:01:39,099
Baiklah, sayang.
Dengar, saya ada latihan sekejap lagi.

23
00:01:39,183 --> 00:01:42,728
Apa pun yang awak mahu luahkan,

24
00:01:42,811 --> 00:01:44,479
- terus-terang saja.
- Sudah tentu.

25
00:01:44,563 --> 00:01:45,564
Awak dipecat.

26
00:01:45,647 --> 00:01:47,024
Baiklah.

27
00:01:47,107 --> 00:01:49,651
Saya akan bayar baki kontrak awak. Jadi...

28
00:01:51,195 --> 00:01:52,821
Semoga berjaya.

29
00:01:54,573 --> 00:01:56,116
Dipecat? Apa sebabnya?

30
00:01:58,243 --> 00:02:00,954
Rasanya saya boleh senaraikan
banyak sebab.

31
00:02:01,747 --> 00:02:03,332
Contohnya, awak bencikan perempuan.

32
00:02:03,415 --> 00:02:05,250
- Apa?
- Saya tahu ia perkataan yang susah.

33
00:02:05,334 --> 00:02:06,960
Tanya anak perempuan awak maksudnya.

34
00:02:07,044 --> 00:02:08,628
Atau mungkin sebab prestasi awak,

35
00:02:08,711 --> 00:02:12,633
yang buat pasukan ini berada di
tahap sederhana sekali lagi musim ini.

36
00:02:12,716 --> 00:02:15,302
Atau mungkin sebab awak bertegas
mahu pakai seluar pendek

37
00:02:15,385 --> 00:02:17,137
yang buat saya nampak testikel kecil awak.

38
00:02:18,430 --> 00:02:19,681
Satu lagi.

39
00:02:20,349 --> 00:02:21,433
Liam dan Noel.

40
00:02:22,059 --> 00:02:23,519
Ia tak menyenangkan.

41
00:02:23,602 --> 00:02:26,188
Tapi, sejujurnya, George,

42
00:02:26,271 --> 00:02:29,525
awak dipecat sebab saya pemilik baru
dan saya tak suka awak.

43
00:02:31,109 --> 00:02:32,945
Keluar sekarang, si gemuk tak guna.

44
00:02:36,532 --> 00:02:37,991
Hei, si dungu.

45
00:02:38,075 --> 00:02:39,493
Awak rasa apa yang lebih teruk?

46
00:02:39,576 --> 00:02:43,747
Suami yang curang atau
awak jadi orang terakhir yang tahu?

47
00:02:46,708 --> 00:02:48,961
Ada sesiapa boleh keluar
dan belikan saya salad?

48
00:02:50,629 --> 00:02:53,006
Jangan tambah kismis.

49
00:02:53,090 --> 00:02:54,216
Perempuan tak guna.

50
00:02:54,883 --> 00:02:58,262
Jadi, bagaimana dengan pengurus baru?

51
00:02:58,345 --> 00:03:00,889
Mahu saya sediakan senarai calon?

52
00:03:00,973 --> 00:03:03,642
Tidak. Tak perlu.

53
00:03:08,605 --> 00:03:11,733
Ini berita yang agak mengejutkan
dari Great Britain.

54
00:03:11,817 --> 00:03:14,611
AFC Richmond mengumumkan
pelantikan pengurus baru mereka,

55
00:03:14,695 --> 00:03:16,947
Theodore "Ted" Lasso.

56
00:03:17,030 --> 00:03:21,410
Baru-baru ini, Jurulatih Lasso membimbing
Wichita State Shockers Divisyen Dua

57
00:03:21,493 --> 00:03:24,329
untuk gelaran juara kebangsaan pertama
dalam Bola Sepak Amerika.

58
00:03:24,413 --> 00:03:26,915
Dia membimbing Shockers
daripada program yang teruk

59
00:03:26,999 --> 00:03:29,918
kepada kejayaan dalam musim pertama
sebagai ketua jurulatih.

60
00:03:30,002 --> 00:03:34,006
Tapi, bagi ramai orang, bukan itu sebab
Ted Lasso memenangi hati kita,

61
00:03:34,089 --> 00:03:35,591
lebih-lebih lagi ke ruang tamu kita.

62
00:03:35,674 --> 00:03:37,217
<i>Bagi saya, ia adalah cara Ted...</i>

63
00:03:38,552 --> 00:03:40,470
<i>meraikan kejayaan bersama pasukannya</i>

64
00:03:40,554 --> 00:03:42,764
<i>dengan cara yang anda perlu lihat
untuk memahaminya.</i>

65
00:03:42,848 --> 00:03:44,349
<i>Selepas anda melihatnya...</i>

66
00:03:45,601 --> 00:03:48,353
<i>saya tak tahu jika kita mampu memahaminya.</i>

67
00:03:50,606 --> 00:03:52,107
Baiklah, Ted. Lakukannya.

68
00:03:52,191 --> 00:03:54,526
Semoga berjaya
dengan permainan yang hebat.

69
00:03:55,027 --> 00:03:56,236
Buat kami bangga.

70
00:03:56,320 --> 00:03:57,321
Berusahalah, Amerika.

71
00:03:58,280 --> 00:03:59,823
TANDAS

72
00:04:11,502 --> 00:04:12,503
Ini awak, kawan?

73
00:04:12,586 --> 00:04:15,214
- Memang saya.
- Legenda.

74
00:04:15,297 --> 00:04:16,548
Boleh ambil swafoto berkumpulan?

75
00:04:17,966 --> 00:04:19,218
Hebat.

76
00:04:19,301 --> 00:04:21,303
Di tempat asal saya,
kami gelarkannya swafoto.

77
00:04:21,386 --> 00:04:22,638
Bukan "saya sendiri", bukan?

78
00:04:22,721 --> 00:04:24,389
Ia "kita", bukan? "Berkumpulan".

79
00:04:24,473 --> 00:04:25,891
Ya. Saya sukakannya.

80
00:04:25,974 --> 00:04:26,892
Hebat.

81
00:04:27,434 --> 00:04:28,810
Awak jurulatih bola sepak.

82
00:04:28,894 --> 00:04:31,355
Awak legenda kerana
lakukan sesuatu yang bodoh.

83
00:04:31,438 --> 00:04:34,107
Ia tak masuk akal. Mereka akan bunuh awak.

84
00:04:34,650 --> 00:04:36,985
Saya pernah dengar tentangnya sebelum ini.

85
00:04:37,069 --> 00:04:38,695
Tapi, saya masih bertahan hingga sekarang.

86
00:04:38,779 --> 00:04:41,114
- Legenda.
- Ya. Gembira jumpa awak.

87
00:04:45,536 --> 00:04:47,204
Apa yang awak baca? Buku bola sepak lagi.

88
00:04:47,287 --> 00:04:48,580
Jurulatih, awak mudah menghafal.

89
00:04:49,206 --> 00:04:51,208
Cepatlah. Bacakan saya fakta menarik.

90
00:04:51,291 --> 00:04:53,919
Mereka tak kata "melepasi garisan".
Mereka kata "terkeluar".

91
00:04:54,002 --> 00:04:56,755
Okey, awak berhutang lima dolar
jika saya gunakannya nanti.

92
00:04:56,839 --> 00:04:58,340
- Setuju.
- Okey.

93
00:04:59,883 --> 00:05:02,052
<i>Selamat malam.
Lampu kabin akan dimalapkan sebentar lagi.</i>

94
00:05:02,135 --> 00:05:04,346
Kita patut tidur.
Lesu jet akan menyeksa kita.

95
00:05:04,429 --> 00:05:06,682
Ya.

96
00:05:09,101 --> 00:05:10,727
Adakah kita gila kerana buat begini?

97
00:05:11,353 --> 00:05:12,521
Ya, ia memang gila.

98
00:05:12,604 --> 00:05:15,315
Hei, tapi, terima cabaran
sama seperti menunggang kuda, bukan?

99
00:05:15,399 --> 00:05:16,984
Jika awak selesa semasa lakukannya,

100
00:05:17,067 --> 00:05:18,068
mungkin ia salah.

101
00:05:19,653 --> 00:05:21,697
- Okey, selamat malam, jurulatih.
- Selamat malam, jurulatih.

102
00:05:25,033 --> 00:05:26,660
Hei!

103
00:05:26,743 --> 00:05:30,122
Jika kita bertemu satu sama lain
dalam mimpi, mari berseronok,

104
00:05:30,205 --> 00:05:32,541
- pura-pura tak kenal satu sama lain.
- Baiklah, orang asing.

105
00:05:32,624 --> 00:05:34,042
Bagus.

106
00:06:08,410 --> 00:06:10,495
- Awak tak tidur?
- Tak boleh tidur.

107
00:06:10,579 --> 00:06:12,748
Tak boleh tidur.
Otak saya tak berhenti berfikir.

108
00:06:12,831 --> 00:06:14,708
Pada mulanya, saya tak mahu tidur.

109
00:06:14,791 --> 00:06:17,419
Kemudian, saya fikir tentang
tak mahu tidur. Selepas itu...

110
00:06:17,503 --> 00:06:18,837
Itu tak bagus.

111
00:06:18,921 --> 00:06:19,922
Selepas itu,

112
00:06:20,005 --> 00:06:21,798
mereka edarkan biskut cip coklat panas

113
00:06:21,882 --> 00:06:23,175
dan pesawat mendarat.

114
00:06:23,258 --> 00:06:25,344
Saya tak dapat biskut.
Awak makan biskut saya?

115
00:06:25,427 --> 00:06:27,221
Itu tak penting.
Saya rasa dia yang jemput kita.

116
00:06:27,304 --> 00:06:28,472
Hei, apa khabar?

117
00:06:28,555 --> 00:06:29,973
- Nama saya Ted. Siapa nama awak?
- Ollie.

118
00:06:30,057 --> 00:06:31,517
- Ollie. Baiklah.
- Biar saya bawa beg awak.

119
00:06:31,600 --> 00:06:33,977
Tidak, Ollie. Kami yang kemas,
kami akan bawa sendiri.

120
00:06:34,061 --> 00:06:35,979
Kami mahu singgah di satu tempat sekejap.

121
00:06:36,063 --> 00:06:37,064
Okey. Ikut saya.

122
00:06:42,110 --> 00:06:43,779
Ya. Ini dia.

123
00:06:45,489 --> 00:06:48,158
Jurulatih, saya dapat rasakan
kita bukan di Kansas lagi, bukan?

124
00:06:49,660 --> 00:06:51,703
Saya tak pernah cakap begitu sebelum ini.

125
00:06:51,787 --> 00:06:53,539
- Ia agak hebat.
- Ya.

126
00:06:54,665 --> 00:06:56,458
Terima kasih kerana melayan kami, Ollie.

127
00:06:56,542 --> 00:06:57,918
Kami dah sedia untuk bergerak.

128
00:06:58,001 --> 00:06:59,503
Okey. Itu Jambatan Menara.

129
00:06:59,586 --> 00:07:02,422
Betul. Bukan Jambatan London,
sebab ia masih ada.

130
00:07:07,094 --> 00:07:08,929
Awak tahu bagaimana
mereka reka permainan bola sepak?

131
00:07:09,012 --> 00:07:10,597
Guru besar pada Zaman Victoria,

132
00:07:10,681 --> 00:07:13,433
mereka mahu semua pelajar lelaki
berhenti lakukan onani.

133
00:07:13,517 --> 00:07:17,187
Jadi, mereka cipta sukan tanpa
melibatkan penggunaan tangan pelajar,

134
00:07:17,271 --> 00:07:19,064
dan mereka fikir ia berjaya.

135
00:07:19,147 --> 00:07:20,816
Saya tak pasti jika ia berjaya, tapi...

136
00:07:36,707 --> 00:07:38,584
Perasaan yang berbeza, Jurulatih.

137
00:07:38,667 --> 00:07:40,335
Ia sama, tapi berbeza.

138
00:07:40,419 --> 00:07:42,421
- Metafora.
- Betul.

139
00:07:42,504 --> 00:07:43,589
Hei!

140
00:07:43,672 --> 00:07:45,716
Hei! Maaf!

141
00:07:45,799 --> 00:07:47,009
Hei! Helo!

142
00:07:47,092 --> 00:07:48,427
Keluar!

143
00:07:48,510 --> 00:07:50,095
Jangan sentuh rumput!

144
00:07:50,179 --> 00:07:52,890
Keluar! Keluar dari padang!
Jangan sentuh rumput! Tolonglah!

145
00:07:52,973 --> 00:07:54,308
- Baiklah.
- Siapa awak berdua?

146
00:07:54,391 --> 00:07:56,310
Saya Ted Lasso.
Ini pula Jurulatih Beard.

147
00:07:56,393 --> 00:07:58,645
- Oh Tuhan. Awak pengurus baru.
- Betul.

148
00:07:58,729 --> 00:08:00,397
- Ambillah rumput jika awak mahu.
- Tidak...

149
00:08:00,480 --> 00:08:01,732
Ia baru dipotong dan
ada dalam tong sampah.

150
00:08:01,815 --> 00:08:03,942
- Saya boleh ambilkan lagi.
- Jangan bimbang. Tak perlu.

151
00:08:04,401 --> 00:08:06,528
- Terima kasih.
- Ya.

152
00:08:07,738 --> 00:08:08,989
Ya.

153
00:08:10,282 --> 00:08:12,492
- Kita tak boleh pijak rumput.
- Ya. Betul.

154
00:08:12,576 --> 00:08:13,410
Kita patut minta maaf?

155
00:08:13,493 --> 00:08:15,120
- Maaf tentang tadi, rumput.
- Maaf, rumput.

156
00:08:16,163 --> 00:08:18,081
Kami sepatutnya jumpa Rebecca Welton.

157
00:08:18,165 --> 00:08:19,416
Ya, saya akan bawa awak ke sana.

158
00:08:19,499 --> 00:08:20,918
Lihatlah dia. Selangkah di hadapan.

159
00:08:21,001 --> 00:08:22,920
Hei, siapa nama awak?

160
00:08:23,003 --> 00:08:24,087
- Saya?
- Ya.

161
00:08:24,171 --> 00:08:25,547
Tiada sesiapa pernah tanya nama saya.

162
00:08:31,970 --> 00:08:33,138
Bila-bila awak mahu beritahu.

163
00:08:33,222 --> 00:08:34,681
Nathan.

164
00:08:34,765 --> 00:08:36,225
Nathan! Saya suka nama itu.

165
00:08:36,308 --> 00:08:37,392
Hei, saya suka sosej awak.

166
00:08:38,101 --> 00:08:39,102
Ya. Saya tahu.

167
00:08:39,186 --> 00:08:41,605
Bagus. Ada sosej Nathan di sini?

168
00:08:41,688 --> 00:08:42,688
Tiada.

169
00:08:42,773 --> 00:08:43,774
Okey.

170
00:08:44,983 --> 00:08:46,985
Saya suka dia.

171
00:08:47,736 --> 00:08:49,863
Saya akan kenalkan awak. Bos besar.

172
00:08:49,947 --> 00:08:50,948
Ini dia.

173
00:08:52,491 --> 00:08:53,492
Helo.

174
00:09:03,836 --> 00:09:06,255
Hei, apa khabar?
Saya Ted Lasso, jurulatih baru awak.

175
00:09:06,338 --> 00:09:09,716
- Pasti awak Cik Welton.
- Panggil saya Rebecca.

176
00:09:09,800 --> 00:09:11,009
Cik Welton ialah ayah saya.

177
00:09:12,052 --> 00:09:13,637
Jika ia lawak, saya sukakannya.

178
00:09:13,720 --> 00:09:15,514
Jika tidak, saya mahu awak jelaskannya.

179
00:09:16,056 --> 00:09:17,057
Ini Jurulatih Beard.

180
00:09:17,140 --> 00:09:20,269
Gembira dapat bertemu awak berdua
secara berdepan akhirnya.

181
00:09:20,352 --> 00:09:21,186
Higgins?

182
00:09:21,270 --> 00:09:24,898
Maaf. Ini Higgins,
pengarah komunikasi sekarang.

183
00:09:24,982 --> 00:09:25,983
Sekarang?

184
00:09:26,066 --> 00:09:29,653
Boleh bawa Jurulatih Beard dan dapatkan
kad pekerja, maklumat kediaman...

185
00:09:29,736 --> 00:09:31,238
Semua yang mereka perlukan.

186
00:09:31,321 --> 00:09:34,116
- Kata laluan Wi-Fi, tisu basah.
- Alat pelembap. Sudah ada, jurulatih.

187
00:09:34,199 --> 00:09:35,284
Terima kasih.

188
00:09:37,703 --> 00:09:39,705
- Sila duduk.
- Baiklah.

189
00:09:40,414 --> 00:09:42,291
- Awak mahu minum apa-apa?
- Ya.

190
00:09:42,374 --> 00:09:44,334
Saya tak tidur dalam pesawat,
jadi apa saja yang awak ada,

191
00:09:44,418 --> 00:09:46,253
sedikit kafeina sudah mencukupi.

192
00:09:46,336 --> 00:09:48,172
<i>Mochaccino, frappuccino...</i>

193
00:09:48,255 --> 00:09:51,008
Sebarang kopi tanpa rasa kopi
sudah mencukupi bagi saya.

194
00:09:51,091 --> 00:09:52,176
Awak suka teh yang bagaimana?

195
00:09:52,801 --> 00:09:54,761
Biasanya saya hantar semula ke kaunter

196
00:09:54,845 --> 00:09:56,805
sebab seseorang
buat kesilapan yang teruk. Tapi...

197
00:09:56,889 --> 00:09:57,764
perlu biasakan diri, bukan?

198
00:09:58,849 --> 00:10:01,435
Ya. Lihatlah itu. Okey.

199
00:10:05,230 --> 00:10:06,231
Bagaimana?

200
00:10:06,315 --> 00:10:09,276
Saya selalu fikir rasa teh
sama seperti air perang panas.

201
00:10:09,359 --> 00:10:10,527
Awak mahu tahu sesuatu?

202
00:10:10,611 --> 00:10:13,322
Saya memang betul.
Rasanya teruk. Tak mengapa, terima kasih.

203
00:10:13,405 --> 00:10:14,656
Selamat datang ke England.

204
00:10:14,740 --> 00:10:16,241
Ya. "Biasakan diri dengannya,
tak guna." Betul?

205
00:10:16,325 --> 00:10:18,160
Awak mahu melawat sekeliling?

206
00:10:18,243 --> 00:10:20,621
- Saya mahu lihat Jalan Abbey.
- Di kelab ini.

207
00:10:20,704 --> 00:10:21,788
Ya, kita mulakan dengan itu.

208
00:10:21,872 --> 00:10:26,877
Koridor ini mewakili sejarah lama
kelab ini yang sederhana.

209
00:10:26,960 --> 00:10:28,795
Perlawanan pertama adalah pada 1897.

210
00:10:28,879 --> 00:10:33,050
Semasa perang, stadium kami
digunakan sebagai hospital sementara.

211
00:10:33,133 --> 00:10:34,593
Ya, ada orang tempatan mendakwa

212
00:10:34,676 --> 00:10:37,679
mereka masih nampak tentera
yang terkorban berlegar-legar di padang.

213
00:10:37,763 --> 00:10:39,139
Menyeramkan.

214
00:10:39,223 --> 00:10:42,059
- Awak percayakan hantu, Ted?
- Saya percaya.

215
00:10:42,142 --> 00:10:45,354
Paling penting, saya rasa
ia perlu percayakan diri sendiri.

216
00:10:46,438 --> 00:10:47,272
Okey.

217
00:10:47,356 --> 00:10:49,900
Dinding ini pula
pamerkan pemilik sebelum ini.

218
00:10:50,442 --> 00:10:52,778
Okey. Lihat lelaki di atas sana.

219
00:10:52,861 --> 00:10:53,695
RUPERT MANNION, SEJAK 1987

220
00:10:53,779 --> 00:10:55,405
Apa kisah di sebalik gadis,
champagne dan semuanya?

221
00:10:55,489 --> 00:10:56,949
Dia seperti sedang berseronok.

222
00:10:57,032 --> 00:10:58,242
Itu bekas suami saya.

223
00:10:58,325 --> 00:11:01,745
Nampaknya waktu berseronok
tak semestinya kekal lama.

224
00:11:02,287 --> 00:11:03,664
Saya ada dengar tentangnya.

225
00:11:03,747 --> 00:11:05,040
Bagaimana keadaan awak?

226
00:11:07,209 --> 00:11:08,585
Ya, bukan tahun yang mudah.

227
00:11:08,669 --> 00:11:09,711
Ya.

228
00:11:10,838 --> 00:11:13,090
- Awak perlu bercakap dengan media.
- Baiklah.

229
00:11:13,173 --> 00:11:15,843
Tidak, selepas tidur lena beberapa malam,
saya gembira untuk lakukannya.

230
00:11:15,926 --> 00:11:18,428
Maaf. Saya fikir awak sudah tahu.
Mereka sedang tunggu awak.

231
00:11:18,512 --> 00:11:19,346
Apa?

232
00:11:21,807 --> 00:11:23,016
Tanpa melengahkan masa,

233
00:11:23,100 --> 00:11:26,979
pengurus baru AFC Richmond, Ted Lasso!

234
00:11:33,527 --> 00:11:34,778
Okey.

235
00:11:34,862 --> 00:11:36,697
Baiklah. Apa khabar, semua?

236
00:11:40,284 --> 00:11:41,159
Itu jurulatih.

237
00:11:41,243 --> 00:11:43,787
Oh Tuhan, Ted.

238
00:11:43,871 --> 00:11:45,163
Lihat, jurulatih kita.

239
00:11:47,207 --> 00:11:48,208
Hei!

240
00:11:48,292 --> 00:11:51,003
Jika awak semua masih bising,
saya akan tumbuk kemaluan awak.

241
00:11:52,004 --> 00:11:54,423
Sebentar. Tekak saya agak kering.

242
00:11:59,887 --> 00:12:01,805
Saya tak jangkakan air soda. Maaf.

243
00:12:01,889 --> 00:12:03,807
Lihatlah si bodoh itu!

244
00:12:03,891 --> 00:12:05,392
Dia memang tak guna!

245
00:12:05,475 --> 00:12:07,394
Okey. Jadi, hei.

246
00:12:07,477 --> 00:12:09,855
Bagaimana jika kita teruskan saja?
Sesiapa ada soalan?

247
00:12:11,607 --> 00:12:13,734
Alamak. Saya patut jangkakannya.

248
00:12:13,817 --> 00:12:15,777
Awak semua boleh turunkan tangan.

249
00:12:15,861 --> 00:12:16,987
Sekejap saja...

250
00:12:17,070 --> 00:12:18,155
Ya.

251
00:12:18,238 --> 00:12:19,531
Bagaimana jika saya jelaskan

252
00:12:19,615 --> 00:12:21,909
perkara yang lebih penting di sini.

253
00:12:21,992 --> 00:12:27,122
Saya memang tak pernah melatih sukan
yang awak semua gelar bola sepak.

254
00:12:27,206 --> 00:12:28,207
Oh Tuhan.

255
00:12:28,832 --> 00:12:29,917
Apa?

256
00:12:30,000 --> 00:12:32,878
Memang tak banyak
yang saya tahu tentang bola sepak.

257
00:12:34,296 --> 00:12:35,547
Tapi, saya akan beritahu
apa yang saya tahu.

258
00:12:35,631 --> 00:12:38,675
Saya tahu AFC Richmond,
seperti pasukan lain saya pernah latih,

259
00:12:38,759 --> 00:12:41,094
akan beraksi dan berusaha gigih

260
00:12:41,178 --> 00:12:42,554
- sepanjang empat suku masa.
- Dua.

261
00:12:43,347 --> 00:12:45,265
- Apa?
- Dua separuh masa.

262
00:12:45,349 --> 00:12:46,600
Betul. Maaf. Dua separuh masa.

263
00:12:46,683 --> 00:12:49,561
Mereka akan berusaha gigih sepanjang
dua separuh masa, menang atau kalah.

264
00:12:49,645 --> 00:12:50,729
Atau seri.

265
00:12:50,812 --> 00:12:52,564
Betul. Ada seri di sini.

266
00:12:52,648 --> 00:12:54,775
Maaf. Saya perlukan masa
untuk biasakan diri.

267
00:12:54,858 --> 00:12:57,694
<i>Sebab di tempat asal saya,
jika cuba tamatkan perlawanan dengan seri,</i>

268
00:12:57,778 --> 00:13:00,864
itu mungkin tanda pertama kiamat.

269
00:13:03,700 --> 00:13:06,078
Dengar. Saya hormati tugas wartawan.

270
00:13:06,161 --> 00:13:07,996
Pintu saya sentiasa terbuka.

271
00:13:08,080 --> 00:13:11,500
Okey? Awak boleh tanya apa saja.
Boleh bincangkan apa-apa topik.

272
00:13:11,583 --> 00:13:13,919
Baiklah, soalan terakhir.

273
00:13:14,545 --> 00:13:16,505
Bagaimana dengan awak di barisan kedua.

274
00:13:16,588 --> 00:13:17,589
Ya.

275
00:13:18,215 --> 00:13:19,716
Saya suka cermin mata awak.

276
00:13:20,634 --> 00:13:21,635
Terima kasih.

277
00:13:22,344 --> 00:13:23,679
Trent Crimm, <i>The Independent.</i>

278
00:13:24,221 --> 00:13:26,014
Saya mahu pastikan
saya memahaminya dengan betul.

279
00:13:26,098 --> 00:13:28,392
Awak rakyat Amerika
yang tak pernah datang ke England,

280
00:13:28,475 --> 00:13:31,436
dengan kejayaan sukan
cuma pada tahap amatur...

281
00:13:31,520 --> 00:13:33,564
pada kelas kedua...

282
00:13:33,647 --> 00:13:35,607
dan sekarang diberikan tugas membimbing

283
00:13:35,691 --> 00:13:37,234
kelab bola sepak Liga Premier,

284
00:13:37,317 --> 00:13:40,612
walaupun awak kurang pengetahuan
tentang sukan ini.

285
00:13:41,530 --> 00:13:43,073
Awak ada apa-apa soalan, Trent?

286
00:13:43,866 --> 00:13:44,950
Ya.

287
00:13:45,534 --> 00:13:47,202
Ini satu jenaka?

288
00:13:48,537 --> 00:13:50,873
- Terima kasih, Trent!
- Saya suka wartawan.

289
00:13:52,040 --> 00:13:54,042
Awak tahu nama
mana-mana pemain bola sepak?

290
00:13:54,126 --> 00:13:57,296
Ya, ada Ronaldo dan seorang lelaki
yang boleh melentur seperti dia.

291
00:13:57,379 --> 00:13:59,506
- Beckham! Ada filem tentang dia!
- Awak memang bodoh.

292
00:13:59,590 --> 00:14:00,757
Siapa awak?

293
00:14:00,841 --> 00:14:02,968
Awak tahu ada berapa perlawanan
dalam musim Liga Premier?

294
00:14:03,051 --> 00:14:04,219
Saya tak tahu.

295
00:14:06,763 --> 00:14:08,015
Tiada siapa faham apa awak cakap.

296
00:14:08,098 --> 00:14:09,516
Siapa menang liga tahun lalu?

297
00:14:09,600 --> 00:14:11,560
Sebenarnya saya tak tahu jawapannya. Maaf.

298
00:14:12,269 --> 00:14:13,478
Siapa penjaga gol?

299
00:14:13,562 --> 00:14:16,023
Lelaki dengan tangan Mickey Mouse
yang besar dan berdiri di jaring.

300
00:14:16,106 --> 00:14:17,566
Ini mengarut.

301
00:14:17,649 --> 00:14:19,151
Awak patut balik ke Amerika.

302
00:14:28,869 --> 00:14:30,662
Ya. Tidak, ya. Saya...

303
00:14:33,707 --> 00:14:35,083
Soda!

304
00:14:35,167 --> 00:14:37,085
Tak guna!

305
00:14:37,961 --> 00:14:39,505
Jurulatih Lasso.

306
00:14:39,588 --> 00:14:42,216
Oh Tuhan. Awak perlu maafkan
semua rakan senegara saya ini.

307
00:14:42,299 --> 00:14:44,092
Sepanjang beberapa tahun ini,

308
00:14:44,176 --> 00:14:47,387
nampaknya kita telah abaikan
adab dan layanan.

309
00:14:47,471 --> 00:14:49,973
Awak semua memang teruk, bukan?

310
00:14:50,057 --> 00:14:53,018
Tapi, saya tak ingat bila kali terakhir
bilik sidang media penuh seperti ini.

311
00:14:53,560 --> 00:14:55,521
Awak semua tetap datang.

312
00:14:55,604 --> 00:14:57,314
Mungkin awak semua tak gila.

313
00:14:57,397 --> 00:15:00,192
Dengan semua yang ada di sini sekarang,

314
00:15:00,275 --> 00:15:02,194
tiada sesiapa di sini

315
00:15:02,277 --> 00:15:04,446
yang pernah melihat Richmond bermain
lebih kerap daripada saya.

316
00:15:04,530 --> 00:15:08,367
Sepanjang tahun di bawah
pengawasan pemilik sebelum ini,

317
00:15:08,450 --> 00:15:10,702
saya tak nampak apa-apa
kecuali prestasi yang sederhana.

318
00:15:13,121 --> 00:15:14,289
Saya salah cakap?

319
00:15:14,373 --> 00:15:15,582
Ia agak kasar.

320
00:15:18,460 --> 00:15:19,503
Saya salah cakap?

321
00:15:20,754 --> 00:15:21,755
Tidak.

322
00:15:22,840 --> 00:15:26,635
Jurulatih Lasso mungkin tiada pengalaman
yang boleh diterima oleh awak semua,

323
00:15:26,718 --> 00:15:28,929
tapi dia ada sesuatu
yang kelab ini tiada,

324
00:15:29,012 --> 00:15:30,430
trofi kemenangan di zaman ini.

325
00:15:31,265 --> 00:15:34,893
Jadi, suka atau tak,
cara Ricmond akan berubah.

326
00:15:34,977 --> 00:15:38,063
Mulai sekarang, ia ikut "cara Lasso".

327
00:15:40,399 --> 00:15:43,777
Kita bertemu lagi di perlawanan
seterusnya dengan Crystal Palace.

328
00:15:43,861 --> 00:15:45,237
Terima kasih.

329
00:15:47,114 --> 00:15:48,365
Gembira bertemu awak semua.

330
00:15:48,448 --> 00:15:50,742
Maaf kerana meludah
pada barang-barang awak.

331
00:15:51,493 --> 00:15:52,494
Terima kasih.

332
00:15:54,621 --> 00:15:55,789
Saya beri dia tiga minggu.

333
00:15:56,415 --> 00:15:59,251
Maaf tentang semua itu.
Saya tak tahu apa yang berlaku.

334
00:15:59,334 --> 00:16:01,587
Ted, jangan fikir tentang mereka lagi.

335
00:16:01,670 --> 00:16:02,671
Awak ada tugas untuk dilakukan.

336
00:16:02,754 --> 00:16:04,840
Awak hanya perlu buktikan
yang mereka salah.

337
00:16:04,923 --> 00:16:06,675
Saya hargainya. Terima kasih, jurulatih.

338
00:16:06,758 --> 00:16:07,759
Ya.

339
00:16:09,094 --> 00:16:12,097
Saya okey tanpa soda.
Saya boleh lakukannya sepanjang hari.

340
00:16:13,891 --> 00:16:16,560
Okey. Saya mahu
bertemu pasukan jika boleh.

341
00:16:16,643 --> 00:16:18,645
Tak boleh pisahkan jurulatih
daripada pemainnya.

342
00:16:20,063 --> 00:16:22,441
Awak boleh ulang sekali lagi. Okey.

343
00:16:22,524 --> 00:16:24,067
Saya tak faham ayat itu.

344
00:16:25,194 --> 00:16:27,279
Cik Welton, saya agak skeptikal,

345
00:16:27,362 --> 00:16:31,575
tapi, selepas dengar kata-kata awak tadi,
saya teruja dengan pilihan awak.

346
00:16:31,658 --> 00:16:33,994
Kita memang perlukan Jurulatih Lasso.

347
00:16:34,077 --> 00:16:35,370
Dia memang bodoh.

348
00:16:35,454 --> 00:16:36,288
Saya tahu.

349
00:16:36,371 --> 00:16:37,664
Apa?

350
00:16:37,748 --> 00:16:39,208
Saya harap dia gagal dengan teruk.

351
00:16:40,542 --> 00:16:45,297
Sepanjang hidupnya, bekas suami saya
hanya sayangkan kelab ini.

352
00:16:45,964 --> 00:16:49,134
Ted Lasso akan bantu saya musnahkannya.

353
00:16:50,844 --> 00:16:52,304
Sebab saya mahu seksa Rupert.

354
00:16:53,722 --> 00:16:57,351
Saya mahu dia rasa seperti tercucuk
serpihan kayu pemukul kriket di punggung.

355
00:16:57,434 --> 00:17:01,563
Masuk dan keluar, berulang kali.

356
00:17:01,647 --> 00:17:03,065
Seperti GIF.

357
00:17:03,941 --> 00:17:05,943
Itu yang GIF buat, bukan? Ia...

358
00:17:07,194 --> 00:17:08,403
tak berhenti.

359
00:17:09,488 --> 00:17:11,448
Betul.

360
00:17:11,949 --> 00:17:16,078
Walaupun ada
yang menyebutnya sebagai "JIF".

361
00:17:18,288 --> 00:17:19,665
- Terima kasih, Higgins.
- Terima kasih.

362
00:17:23,961 --> 00:17:26,046
Biar saya gunakannya dalam ayat,
supaya saya ingat.

363
00:17:26,128 --> 00:17:27,297
"Jurulatih", saya...

364
00:17:27,381 --> 00:17:28,966
- keluar ke padang...
- Ya.

365
00:17:29,049 --> 00:17:30,509
...rumput di sini, untuk melihat latihan.

366
00:17:30,592 --> 00:17:32,427
"Latihan". Mereka gelarkannya "latihan".

367
00:17:32,511 --> 00:17:34,513
Gaya vernakular ini tentu sukar.

368
00:17:34,596 --> 00:17:37,140
Saya akan berjaya.
Sebab berlatih akan jadikannya sempurna.

369
00:17:37,224 --> 00:17:38,141
Betul.

370
00:17:38,809 --> 00:17:39,810
Itu orang harapan kita.

371
00:17:44,857 --> 00:17:47,025
Tak guna!

372
00:17:47,109 --> 00:17:49,653
Perhatikan orang
yang awak sasarkan! Tolonglah!

373
00:17:50,404 --> 00:17:52,030
- Siapa itu?
- Roy Kent.

374
00:17:52,114 --> 00:17:55,033
Kapten pasukan.
Pemain tengah klasik bergaya lama.

375
00:17:55,117 --> 00:17:58,412
- Dia sudah hilang rentak.
- Tapi, dia legenda.

376
00:17:58,495 --> 00:18:00,122
Menang Liga Juara dengan Chelsea, jadi...

377
00:18:00,706 --> 00:18:02,666
- Lapan tahun lalu.
- Ya.

378
00:18:04,376 --> 00:18:05,460
Oh Tuhan, apa?

379
00:18:06,253 --> 00:18:08,630
Ia minuman campuran sukan yang lazat.

380
00:18:08,714 --> 00:18:09,840
Jurulatih, awak dah cuba?

381
00:18:17,306 --> 00:18:19,474
Lelaki itu jarang buat begitu.

382
00:18:19,558 --> 00:18:21,059
Awak terus mengagumkan, Nathan.

383
00:18:22,311 --> 00:18:23,687
Awak ingat nama saya.

384
00:18:25,606 --> 00:18:27,191
Oh Tuhan! Awak nampak itu?

385
00:18:27,274 --> 00:18:30,277
Lelaki itu nampak seperti anak kucing
yang takut dengan timun.

386
00:18:30,360 --> 00:18:32,404
- Siapa itu?
- Jamie Tartt.

387
00:18:32,487 --> 00:18:34,072
Penjaring terbanyak dalam pasukan.

388
00:18:34,156 --> 00:18:35,157
Pergi dari sini.

389
00:18:35,866 --> 00:18:37,993
- Nate, dia bagaimana orangnya?
- Siapa, Jamie?

390
00:18:38,827 --> 00:18:39,870
Dia hebat.

391
00:18:41,205 --> 00:18:42,039
Dalam bola sepak.

392
00:18:44,124 --> 00:18:45,459
Ya, saya kenal lelaki begitu.

393
00:18:46,502 --> 00:18:49,213
Sam Obisanya. Dia pertahanan belakang
dalam liga Nigeria.

394
00:18:49,296 --> 00:18:51,048
Nigeria? Afrika?

395
00:18:52,132 --> 00:18:53,926
Jadi, mereka dari merata tempat?

396
00:18:54,009 --> 00:18:55,093
Saya tak dihalang, kawan.

397
00:18:55,177 --> 00:18:56,595
Pasti dia dari England, bukan?

398
00:18:56,678 --> 00:18:58,180
- Wales.
- Itu negara?

399
00:18:58,263 --> 00:19:01,099
- Ya dan tak.
- Ada berapa negara dalam negara ini?

400
00:19:01,183 --> 00:19:02,351
- Empat.
- Empat.

401
00:19:03,268 --> 00:19:05,229
Seperti Amerika zaman sekarang.

402
00:19:05,854 --> 00:19:06,855
Betul.

403
00:19:21,203 --> 00:19:22,829
Saya suka bilik lokar.

404
00:19:23,705 --> 00:19:25,332
Bau seperti potensi.

405
00:19:26,583 --> 00:19:28,710
Saya ada bau penyembur badan Axe?

406
00:19:28,794 --> 00:19:30,337
Betul, jurulatih.

407
00:19:30,420 --> 00:19:32,256
Tapi, saya rasa namanya berbeza di sini.

408
00:19:41,473 --> 00:19:42,474
Ini dia.

409
00:19:43,809 --> 00:19:44,852
Lynx.

410
00:19:45,644 --> 00:19:47,145
Kucing hutan kegemaran saya.

411
00:19:52,150 --> 00:19:54,319
Mari sini. Lihatlah wajah awak.

412
00:19:54,403 --> 00:19:55,487
Terima kasih.

413
00:20:05,372 --> 00:20:06,748
Teruknya.

414
00:20:06,832 --> 00:20:08,208
Kali terakhir
saya lihat mata dingin begitu,

415
00:20:08,292 --> 00:20:10,294
mereka mahu berdepan dengan Roy Scheider.

416
00:20:10,377 --> 00:20:12,337
<i>- Jaws?</i>
- Bukan, <i>All That Jazz.</i>

417
00:20:12,421 --> 00:20:14,298
Saya mahu cakap sesuatu. Helo, semua.

418
00:20:14,381 --> 00:20:16,175
Teruskan apa saja
yang awak semua sedang buat.

419
00:20:16,258 --> 00:20:18,635
Nama saya Ted Lasso. Ini Jurulatih Beard.

420
00:20:18,719 --> 00:20:20,679
Saya tahu kita belum lagi bermula
secara rasmi,

421
00:20:20,762 --> 00:20:23,098
tapi, kami cuma mahu masuk dan menyapa,

422
00:20:23,182 --> 00:20:25,058
untuk beritahu yang kami teruja...

423
00:20:25,142 --> 00:20:26,268
Helo.

424
00:20:26,351 --> 00:20:28,312
Semua berpakaian sopan?

425
00:20:30,314 --> 00:20:32,649
Sangat mengecewakan.

426
00:20:33,984 --> 00:20:36,945
Alamak. Saya ganggu awak?

427
00:20:37,029 --> 00:20:39,573
Tak, jangan bimbang.
Apa yang saya boleh bantu?

428
00:20:39,656 --> 00:20:41,366
Tak, saya datang untuk jemput dia.

429
00:20:41,450 --> 00:20:42,868
Ya. Maaf, jurulatih.

430
00:20:42,951 --> 00:20:45,120
Dia dah buat janji temu
untuk saya membuang bulu.

431
00:20:46,371 --> 00:20:48,123
Ia lebih untuk peminat
berbanding diri sendiri.

432
00:20:48,207 --> 00:20:50,834
Saya akan tanggalkan baju
semasa saya jaringkan gol.

433
00:20:50,918 --> 00:20:52,503
Sayang.

434
00:20:53,879 --> 00:20:55,088
Saya boleh tunggu jika awak mahu.

435
00:20:56,381 --> 00:20:57,382
Tak, jangan bimbang.

436
00:20:57,466 --> 00:20:58,884
Baiklah, jumpa lagi.

437
00:20:58,967 --> 00:21:00,302
- Ya.
- Pergilah.

438
00:21:00,385 --> 00:21:01,345
Baiklah, jalan dahulu.

439
00:21:01,428 --> 00:21:03,222
Awak mahu jadi lelaki baik sekarang?

440
00:21:03,305 --> 00:21:05,057
Tak, sayang.
Saya mahu lihat punggung awak.

441
00:21:06,391 --> 00:21:07,684
Jangan harap.

442
00:21:07,768 --> 00:21:10,354
Lihatlah dan bersedih.

443
00:21:16,652 --> 00:21:19,446
Apa pun, terima kasih
kerana luangkan masa.

444
00:21:42,719 --> 00:21:44,179
SEMOGA BERJAYA, AYAH

445
00:21:53,397 --> 00:21:56,191
PIRAMID KEJAYAAN

446
00:22:03,448 --> 00:22:05,617
Jurulatih. Awak tak boleh tidur.

447
00:22:06,994 --> 00:22:09,204
Tolonglah. Jangan ganggu saya tidur.

448
00:22:12,291 --> 00:22:14,168
Roy! Hei, Roy!

449
00:22:15,878 --> 00:22:17,629
Ya? Apa yang awak mahu?

450
00:22:17,713 --> 00:22:19,923
Seronok melihat awak bermain
di padang hari ini.

451
00:22:20,007 --> 00:22:22,259
Mereka semua dengar cakap awak.

452
00:22:22,342 --> 00:22:24,678
Saya tak terkejut.
Awak ada karier yang hebat.

453
00:22:25,304 --> 00:22:26,346
Terima kasih.

454
00:22:28,056 --> 00:22:31,435
Tak sangka saya akhirnya akan dilatih
oleh Ronald McDonald yang tak guna.

455
00:22:38,358 --> 00:22:40,444
Awak biarkan mereka gelar awak begitu?

456
00:22:40,527 --> 00:22:41,945
Rasanya bukan saya yang mereka maksudkan.

457
00:22:42,905 --> 00:22:45,490
Dia sedang marah sekarang,
tunggu sehingga kita menangi hati dia.

458
00:22:46,241 --> 00:22:48,744
Dia memang marah.

459
00:22:48,827 --> 00:22:50,078
Awak ada pita pelekat?

460
00:23:05,219 --> 00:23:06,803
PERCAYA

461
00:23:25,155 --> 00:23:26,114
Apa awak buat di sini?

462
00:23:27,407 --> 00:23:29,409
Alamak. Maaf. Awak okey?

463
00:23:29,493 --> 00:23:30,994
Ya, saya okey.

464
00:23:31,078 --> 00:23:32,246
Saya tak patut ketawa.

465
00:23:32,329 --> 00:23:33,872
Tak mengapa.

466
00:23:33,956 --> 00:23:37,918
Tak, saya cuma buat
sedikit perubahan untuk bilik lokar ini.

467
00:23:38,001 --> 00:23:39,503
Hebat, ya.

468
00:23:39,586 --> 00:23:43,048
Tapi saya rasa ia senget.

469
00:23:44,424 --> 00:23:46,677
Saya fikir bilik ini yang tak betul.

470
00:23:46,760 --> 00:23:48,095
Tapi saya rasa betul cakap awak.

471
00:23:49,888 --> 00:23:51,682
Apa awak buat di sini? Mana Jamie?

472
00:23:51,765 --> 00:23:53,267
Dia tertinggal telefon bimbitnya di lokar.

473
00:23:53,350 --> 00:23:54,935
Kenapa dia tak ambil sendiri?

474
00:23:55,018 --> 00:23:57,437
Dia sedang membuang bulu.
Bulu dia sangat banyak.

475
00:23:57,521 --> 00:23:59,481
Bulu itu seperti tumbuh semula
semasa dia membuangnya.

476
00:24:00,107 --> 00:24:01,942
- Tak mungkin.
- Boleh saya ambil?

477
00:24:02,025 --> 00:24:03,777
- Ya. Silakan.
- Terima kasih.

478
00:24:11,702 --> 00:24:13,412
Rendahkan sedikit di sebelah sana.

479
00:24:13,495 --> 00:24:14,496
Bagus.

480
00:24:14,580 --> 00:24:15,747
Turunkan sedikit lagi.

481
00:24:16,665 --> 00:24:17,666
Sedikit saja lagi.

482
00:24:17,749 --> 00:24:19,334
Cukup! Ia sempurna.

483
00:24:19,418 --> 00:24:21,920
Baiklah. Bagaimana?
Kerja berpasukan yang hebat.

484
00:24:22,963 --> 00:24:24,548
- Ya.
- Gaya lama.

485
00:24:24,631 --> 00:24:27,092
- Saya Keely.
- Ya. Hei, saya Ted Lasso.

486
00:24:27,176 --> 00:24:29,303
Saya tahu. Awak terkenal
di Twitter sekarang.

487
00:24:29,386 --> 00:24:30,554
Hebat.

488
00:24:31,221 --> 00:24:32,931
- Awak pernah menciap?
- Tak pernah.

489
00:24:33,015 --> 00:24:34,433
Tapi saya tahu membuat rentak muzik.

490
00:24:43,817 --> 00:24:46,820
Saya tak tahu cara beri reaksi sepatutnya
apabila lelaki dewasa lakukannya.

491
00:24:46,904 --> 00:24:48,864
Saya harap awak tak terserempak
dengan Biz Markie.

492
00:24:50,449 --> 00:24:51,742
Baiklah.

493
00:24:51,825 --> 00:24:54,703
Jika awak tertanya-tanya
dan mula mencari dalam Twitter,

494
00:24:54,786 --> 00:24:56,330
elakkan daripada tanda pagar Richmond.

495
00:24:56,413 --> 00:24:59,458
- Okey.
- Bodoh atau tak guna.

496
00:25:00,083 --> 00:25:01,752
Saya percayakan awak.

497
00:25:02,753 --> 00:25:04,838
Selamat datang ke England.

498
00:25:12,846 --> 00:25:14,806
Terima kasih.
Terima kasih kerana tumpangkan kami.

499
00:25:14,890 --> 00:25:15,849
Jangan bimbang.

500
00:25:15,933 --> 00:25:17,559
Hei, ini kereta awak, Nate?

501
00:25:17,643 --> 00:25:19,520
Kereta itu? Oh Tuhan, bukan.
Saya tak mampu.

502
00:25:19,603 --> 00:25:21,104
Kereta hijau ini kereta saya.

503
00:25:21,188 --> 00:25:23,565
Baiklah. Masukkannya.

504
00:25:23,649 --> 00:25:24,650
Ayuh.

505
00:25:24,733 --> 00:25:27,361
Nampaknya awak sudah mula
bekerja hingga lewat malam, Ted.

506
00:25:27,444 --> 00:25:28,654
Ada orang pernah berkata,

507
00:25:28,737 --> 00:25:31,323
"Orang yang berusaha kuat
akan jadi lebih bertuah."

508
00:25:32,199 --> 00:25:33,200
Sengetkannya.

509
00:25:33,283 --> 00:25:35,244
Maaf, Ted. Kami patut
tempah kereta untuk awak.

510
00:25:35,327 --> 00:25:36,662
Tak perlu. Jangan bimbang.

511
00:25:36,745 --> 00:25:37,829
Selamat malam.

512
00:25:41,375 --> 00:25:42,376
Apa masalah awak?

513
00:25:42,459 --> 00:25:44,586
Rasanya semua yang saya makan hari ini...

514
00:25:45,546 --> 00:25:47,464
seperti tersangkut di sini.

515
00:25:49,508 --> 00:25:50,759
Saya boleh masuk.

516
00:25:52,803 --> 00:25:53,804
Ini dia.

517
00:25:53,887 --> 00:25:57,182
Dia nampak seperti lelaki yang baik.
Saya tak pasti jika boleh lakukannya.

518
00:25:59,142 --> 00:26:00,394
Untuk memastikan ia berjaya,

519
00:26:00,477 --> 00:26:04,857
saya perlukan sokongan penuh
pengarah baru operasi bola sepak.

520
00:26:05,858 --> 00:26:08,277
Saya rasa kenaikan pangkat
dan kenaikan gaji

521
00:26:08,360 --> 00:26:10,863
akan buat awak dan keluarga berminat.

522
00:26:13,407 --> 00:26:15,534
Hei, lihatlah, kereta ini
ada stereng halimunan!

523
00:26:17,703 --> 00:26:18,662
Saya bergurau saja.

524
00:26:18,745 --> 00:26:20,455
Nate yang bunyikan hon.

525
00:26:20,539 --> 00:26:23,166
Awak memang membantu, Ted Lasso.

526
00:26:23,250 --> 00:26:25,085
Hanya orang yang serupa yang tahu.

527
00:26:29,756 --> 00:26:30,757
Bagaimana?

528
00:26:32,092 --> 00:26:33,302
Saya setuju.

529
00:26:33,385 --> 00:26:34,511
Hebat.

530
00:26:40,475 --> 00:26:42,144
Satu lagi, Higgins,

531
00:26:42,227 --> 00:26:45,022
saya tahu akan ada elemen tertentu
dalam pengembaraan ini

532
00:26:45,105 --> 00:26:46,398
yang akan membebankan awak.

533
00:26:46,481 --> 00:26:48,734
Tapi, saya pasti ia tak sukar seperti

534
00:26:48,817 --> 00:26:51,820
menyelinap kekasih Rupert keluar dan
masuk tanpa pengetahuan saya.

535
00:27:07,169 --> 00:27:08,295
Ini rumah awak, jurulatih.

536
00:27:09,338 --> 00:27:11,548
Okey. Awak okey?

537
00:27:11,632 --> 00:27:13,217
- Saya okey. Awak okey?
- Ya.

538
00:27:13,300 --> 00:27:14,468
- Selamat malam, jurulatih.
- Selamat malam, jurulatih.

539
00:27:14,551 --> 00:27:16,011
Saya hampir terlupa.

540
00:27:17,304 --> 00:27:18,805
Ini untuk apa?

541
00:27:18,889 --> 00:27:20,557
- "Biasakan diri".
- Tidurlah, jurulatih.

542
00:27:20,641 --> 00:27:21,850
Baiklah.

543
00:27:32,861 --> 00:27:35,822
SELAMAT DATANG JURULATIH TIM LASSO

544
00:28:09,106 --> 00:28:11,567
Hei, kawan. Apa khabar?
Bagaimana sekolah hari ini?

545
00:28:12,943 --> 00:28:13,861
Betul.

546
00:28:13,944 --> 00:28:15,529
Tidak, ayah terlupa.

547
00:28:15,612 --> 00:28:17,865
Ya. Ayah agak sibuk hari ini.

548
00:28:18,866 --> 00:28:20,784
Ya, boleh dianggap begitu.

549
00:28:22,369 --> 00:28:24,788
Tak, jangan bimbang. Tak.
Ayah cuma mahu dengar suara awak.

550
00:28:24,872 --> 00:28:26,415
Ya. Buatlah kerja awak. Ya.

551
00:28:26,498 --> 00:28:28,083
Hei, ibu awak ada?

552
00:28:28,166 --> 00:28:30,252
Okey. Terima kasih.

553
00:28:30,335 --> 00:28:31,420
Hei, ayah rindukan awak.

554
00:28:34,047 --> 00:28:35,549
Ayah sayang awak juga.

555
00:28:36,258 --> 00:28:37,259
Okey.

556
00:28:46,768 --> 00:28:48,103
Hei, apa khabar?

557
00:28:48,770 --> 00:28:51,440
Ya. Setakat ini, semuanya okey.

558
00:28:52,858 --> 00:28:55,194
Perlukan masa untuk biasakan diri, ya.

559
00:28:55,277 --> 00:28:57,946
Tapi, saya rasa selepas biasakan diri,
semuanya akan okey.

560
00:28:58,864 --> 00:29:01,408
Ya. Tak, betul. Ya.

561
00:29:02,326 --> 00:29:04,995
Ia agak cantik sebenarnya. Ya.

562
00:29:06,163 --> 00:29:08,832
Ya, mereka juga ada kejiranan yang cantik.

563
00:29:08,916 --> 00:29:09,917
Ya.

564
00:29:10,000 --> 00:29:12,377
Ya, awak dan anak kita patut datang.

565
00:29:12,461 --> 00:29:13,629
Datang dan lihat sendiri.

566
00:29:18,634 --> 00:29:19,927
Apa? Tak, apa yang saya cakap?

567
00:29:23,472 --> 00:29:26,141
Tapi itulah yang saya buat.
Saya beri awak ruang.

568
00:29:27,768 --> 00:29:28,769
Ya.

569
00:29:28,852 --> 00:29:30,354
Ya, dan diri saya sendiri. Betul.

570
00:29:32,648 --> 00:29:33,690
Okey.

571
00:29:34,441 --> 00:29:36,443
Tak. Jangan bimbang. Ya.

572
00:29:36,527 --> 00:29:37,778
Hei, Michelle.

573
00:29:39,404 --> 00:29:40,405
Saya sayang awak.

574
00:29:44,409 --> 00:29:46,370
Tak mengapa. Awak tak perlu balas.

575
00:29:47,621 --> 00:29:49,623
Betul. Ya.

576
00:29:52,501 --> 00:29:53,585
Okey.

577
00:29:55,963 --> 00:29:57,756
Baiklah. Selamat malam.

578
00:30:15,274 --> 00:30:17,943
Tak guna. Saya tak boleh tidur sekarang.

579
00:30:46,847 --> 00:30:48,849
Terjemahan Sari Kata Oleh Hani Hamid

