1
00:00:29,404 --> 00:00:30,822
- Selamat pagi, jurulatih.
- Selamat pagi, jurulatih.

2
00:00:30,906 --> 00:00:32,073
Awak mahu pergi sarapan?

3
00:00:32,156 --> 00:00:34,368
Saya baru makan bijirin dan agak kenyang.

4
00:00:34,451 --> 00:00:35,786
Saya mungkin mahu minum kopi.

5
00:00:36,286 --> 00:00:37,287
Ya.

6
00:00:38,413 --> 00:00:40,082
Awak tahu hari ini seperti apa?

7
00:00:40,165 --> 00:00:42,835
- Hari pertama bersekolah.
- Hari pertama bersekolah. Betul.

8
00:00:43,752 --> 00:00:44,753
Dekatnya.

9
00:00:46,338 --> 00:00:48,841
- Awak pula? Bagaimana perasaan awak?
- Agak gementar.

10
00:00:48,924 --> 00:00:51,385
Ia perkara biasa untuk
rasa gementar pada hari pertama.

11
00:00:54,304 --> 00:00:55,305
Awak perlu lihat ke kanan.

12
00:00:55,389 --> 00:00:57,558
Ya. Saya akan ingat suatu hari nanti.

13
00:00:59,518 --> 00:01:00,561
<i>Memang blues</i>

14
00:01:00,644 --> 00:01:02,729
<i>- Aku boleh katakan</i>
- Lihatlah dia.

15
00:01:03,897 --> 00:01:06,441
<i>Memang blues, aku boleh katakan</i>

16
00:01:17,828 --> 00:01:19,580
Budak perempuan
tak akan lepasi pertahanan saya.

17
00:01:23,375 --> 00:01:27,129
Kadangkala cara terbaik melawan lelaki
adalah tendang kemaluannya, bukan?

18
00:01:27,212 --> 00:01:28,964
- Kita perlu beredar, jurulatih.
- Ya.

19
00:01:35,095 --> 00:01:37,639
MENCARI RUPERT MANNION

20
00:01:37,723 --> 00:01:38,891
Helo.

21
00:01:39,892 --> 00:01:42,102
- Selamat pagi, Jurulatih Lasso.
- Hei, lihatlah kita.

22
00:01:42,186 --> 00:01:44,146
Orang yang suka datang awal, bukan?

23
00:01:44,980 --> 00:01:47,399
Saya gembira sempat jumpa awak.
Saya bawakan sesuatu.

24
00:01:47,482 --> 00:01:49,234
Ya. Biskut.

25
00:01:49,318 --> 00:01:51,612
Kamu panggil biskut di sini, bukan?

26
00:01:51,695 --> 00:01:55,449
Tapi, saya tak galakkan
awak makan dengan kuah.

27
00:01:55,532 --> 00:01:56,825
Ted, saya tak...

28
00:01:56,909 --> 00:01:59,119
Tolonglah. Lihatlah.

29
00:01:59,203 --> 00:02:01,079
- Nampak enak.
- Nampak enak, bukan?

30
00:02:01,163 --> 00:02:02,247
Silakan, makanlah.

31
00:02:02,331 --> 00:02:05,125
Bagus. Makanlah.

32
00:02:07,878 --> 00:02:09,253
Sedap.

33
00:02:10,172 --> 00:02:11,590
Di mana awak beli?

34
00:02:11,673 --> 00:02:12,966
Saya gembira awak sukakannya.

35
00:02:13,050 --> 00:02:15,052
Saya akan bawakan untuk awak setiap pagi.

36
00:02:15,135 --> 00:02:16,345
Gelarkannya, "Biskut dengan Bos".

37
00:02:16,428 --> 00:02:18,430
Tak perlu.

38
00:02:18,514 --> 00:02:21,225
Okey, ingat yang ini kali pertama
kita tak sependapat.

39
00:02:21,308 --> 00:02:23,810
Sebenarnya, kali kedua.
Teh itu memang teruk.

40
00:02:23,894 --> 00:02:26,855
Air itu tak sedap.
Saya tak tahu kenapa awak semua minum teh.

41
00:02:26,939 --> 00:02:28,982
Apa pun, kita tak boleh
jadi pasangan yang hebat

42
00:02:29,066 --> 00:02:30,943
- kecuali saling mengenali, bukan?
- Ted...

43
00:02:31,026 --> 00:02:32,861
Kita mulakan dengan sesuatu yang mudah.

44
00:02:32,945 --> 00:02:34,905
Kita mulakan dengan konsert pertama,
konsert terbaik.

45
00:02:34,988 --> 00:02:37,074
Awak mulakan. Ayuh. Sekarang.

46
00:02:37,157 --> 00:02:40,118
Spice Girls.

47
00:02:40,202 --> 00:02:43,497
Jawapan yang sama? Saya sukakannya.
Giliran saya. Konsert pertama.

48
00:02:43,580 --> 00:02:46,416
"Pengambil Risiko" itu, En. Kenny Rogers.

49
00:02:46,500 --> 00:02:48,836
Okey, maafkan saya...

50
00:02:48,919 --> 00:02:49,920
Ted...

51
00:02:53,048 --> 00:02:54,258
Jurulatih Lasso.

52
00:02:56,885 --> 00:02:59,221
Hentikannya. Ted, Maaf.

53
00:02:59,304 --> 00:03:03,725
Saya tak ada masa untuk
"Biskut Dengan Bos" pagi ini.

54
00:03:03,809 --> 00:03:05,561
Atau selama-lamanya.

55
00:03:06,186 --> 00:03:08,939
- Saya faham, bos.
- Bagus.

56
00:03:09,022 --> 00:03:10,190
Okey.

57
00:03:10,274 --> 00:03:12,109
Awak akan datang bawa biskut esok, bukan?

58
00:03:12,192 --> 00:03:14,278
Tolonglah. Jangan terlalu yakin.

59
00:03:14,903 --> 00:03:17,155
Melainkan awak mahu menang banyak duit.

60
00:03:17,781 --> 00:03:19,032
Tepuk tinggi, pokok.

61
00:03:53,984 --> 00:03:56,820
Ingat apa awak cakap pada hari pertama
kita melatih di Universiti Wichita?

62
00:03:56,904 --> 00:03:58,238
Potong ekor kuda?

63
00:03:58,322 --> 00:04:00,324
Tenang. Mereka cuma kanak-kanak.

64
00:04:03,493 --> 00:04:05,704
Mereka bukan kanak-kanak.

65
00:04:05,787 --> 00:04:09,291
Hei, lihatlah Isaac.
Dia seperti arca Rodin dengan kasut bola.

66
00:04:10,542 --> 00:04:11,793
But.

67
00:04:11,877 --> 00:04:13,170
Mereka panggil kasut bola "but".

68
00:04:14,213 --> 00:04:16,298
Saya fikir awak panggil bonet kereta but.

69
00:04:16,380 --> 00:04:17,632
Saya panggil but.

70
00:04:17,716 --> 00:04:19,927
Tunggu sekejap. Jika saya dipecat

71
00:04:20,010 --> 00:04:21,845
semasa saya meletak but
dalam but kereta...

72
00:04:21,928 --> 00:04:24,056
Awak dipecat kerana masukkan but
di dalam but kereta.

73
00:04:24,556 --> 00:04:25,557
Saya sukakannya.

74
00:04:27,184 --> 00:04:30,062
Baiklah. Mari buat tujuh lawan tujuh.

75
00:04:30,145 --> 00:04:32,314
Kita gelar latihan ini <i>"The Exorcist"</i>

76
00:04:32,397 --> 00:04:34,483
sebab ia tentang mengawal pemilikan.

77
00:04:35,734 --> 00:04:36,735
Baiklah, mulakan!

78
00:04:42,616 --> 00:04:43,700
Tak guna!

79
00:04:49,414 --> 00:04:53,627
Seseorang pergi ambil bunga
kerana Sam mati di sini.

80
00:04:55,838 --> 00:04:57,297
Sangat menyedihkan.

81
00:04:57,881 --> 00:04:59,550
Tepilah, tak guna.

82
00:04:59,633 --> 00:05:01,677
Baiklah, datuk. Bertenang.

83
00:05:03,512 --> 00:05:05,097
- Terima kasih, Roy.
- Tiada masalah.

84
00:05:05,180 --> 00:05:06,265
Hei, Sam, mari sini sekejap.

85
00:05:08,767 --> 00:05:09,768
Jurulatih, maaf.

86
00:05:09,852 --> 00:05:11,854
Awak tahu haiwan apa
paling gembira di Bumi?

87
00:05:12,938 --> 00:05:14,690
Ikan emas.

88
00:05:14,773 --> 00:05:16,024
Awak tahu kenapa?

89
00:05:16,817 --> 00:05:19,194
- Tak.
- Memorinya cuma sepuluh saat.

90
00:05:19,820 --> 00:05:22,447
Jadilah ikan emas, Sam, okey?

91
00:05:28,579 --> 00:05:29,830
Awak sudah faham. Pergilah.

92
00:05:32,916 --> 00:05:35,210
- Hei, Nate.
- Saya?

93
00:05:35,294 --> 00:05:37,004
Ya. Selagi tiada Nate lain di sini,

94
00:05:37,087 --> 00:05:39,464
awak sajalah Nate yang saya panggil, okey?

95
00:05:39,548 --> 00:05:41,842
Saya ada soalan. Apa masalah Sam?

96
00:05:41,925 --> 00:05:43,177
Dia nampak sedih.

97
00:05:43,260 --> 00:05:47,639
Ya, prestasinya tak bagus
sejak sampai dari Nigeria, jadi...

98
00:05:47,723 --> 00:05:50,475
Bukan mudah jauh dari rumah
buat kali pertama.

99
00:05:50,559 --> 00:05:52,936
Kita perlu buat sesuatu
untuk ceriakan dia, kawan.

100
00:05:55,939 --> 00:05:58,025
Awak masih ketawa pada sesuatu
yang awak tak rasa kelakar?

101
00:05:58,108 --> 00:06:00,110
Saya tak pasti sama ada
ia lawak atau bukan.

102
00:06:00,194 --> 00:06:02,029
Ya, sukar untuk
tentukannya sekarang, bukan?

103
00:06:04,031 --> 00:06:08,076
<i>Ayuh, Lasso!</i>

104
00:06:08,702 --> 00:06:09,912
Higgins.

105
00:06:09,995 --> 00:06:12,122
Ted Lasso datang ke pejabat saya.

106
00:06:12,206 --> 00:06:14,958
"Apa konsert pertama yang awak tonton?"

107
00:06:15,042 --> 00:06:17,961
- Boy George.
- Bukan tanya awak, dungu.

108
00:06:18,045 --> 00:06:19,546
Dia mahu berjumpa setiap pagi

109
00:06:19,630 --> 00:06:21,381
untuk berkenalan
dan dengar pendapat saya.

110
00:06:21,465 --> 00:06:22,508
Beraninya dia!

111
00:06:22,591 --> 00:06:25,260
Lelaki itu tak putus asa dan baik.

112
00:06:25,344 --> 00:06:27,554
Ke mana saja dia pergi,
semua pemain sukakan dia.

113
00:06:27,638 --> 00:06:29,640
Cuma ada satu perkara
yang boleh rosakkan semuanya.

114
00:06:30,182 --> 00:06:31,183
Helo, semua.

115
00:06:31,892 --> 00:06:32,893
Tepuk tinggi.

116
00:06:34,520 --> 00:06:36,730
- Helo, Cik Welton.
- Helo, Cik Welton.

117
00:06:39,775 --> 00:06:43,987
Higgins, awak tahu pemain mana
yang paling berpengaruh di bilik lokar?

118
00:06:45,030 --> 00:06:46,031
Tidak.

119
00:06:47,074 --> 00:06:50,994
Sangat membantu. Tolong siasat untuk saya.

120
00:06:51,078 --> 00:06:53,121
Siasat dari mana Lasso dapat biskut itu.

121
00:06:54,164 --> 00:06:56,375
Hati-hati, biskut! Higgins akan menyiasat.

122
00:07:02,381 --> 00:07:04,716
Baiklah, semua. Maaf.

123
00:07:04,800 --> 00:07:05,884
Dengar!

124
00:07:07,302 --> 00:07:08,846
Terima kasih, jurulatih.

125
00:07:08,929 --> 00:07:11,223
Crystal Palace akan datang Sabtu ini.

126
00:07:11,306 --> 00:07:12,474
Ada apa-apa kami perlu tahu, jurulatih?

127
00:07:12,558 --> 00:07:15,477
- Sangat pantas di luar padang.
- Okey. Ada apa-apa lagi?

128
00:07:15,561 --> 00:07:17,062
Sangat pantas.

129
00:07:17,145 --> 00:07:18,355
Okey, awak semua sudah dengar.

130
00:07:18,438 --> 00:07:20,691
Awak semua kalahkan mereka awal tahun ini,

131
00:07:20,774 --> 00:07:23,652
jadi, saya dan jurulatih
tak akan ubah pelan permainan.

132
00:07:23,735 --> 00:07:25,237
Tapi...

133
00:07:25,320 --> 00:07:28,115
kami mahu mula buat perubahan
dengan cara kita di bilik lokar.

134
00:07:28,198 --> 00:07:30,242
Apa yang kita boleh pelajari
daripada Internet

135
00:07:30,325 --> 00:07:34,079
kadangkala lebih mudah beri pendapat
tanpa dedahkan identiti.

136
00:07:34,162 --> 00:07:37,457
Jadi, saya minta Nate buat
kotak cadangan yang bergaya lama.

137
00:07:37,541 --> 00:07:39,126
Hei, lihatlah itu.

138
00:07:39,209 --> 00:07:42,171
Ya, saya buat dengan anak saudara saya.
Dia sukakan seni, jadi...

139
00:07:42,254 --> 00:07:44,256
Saya suka mendengar
tentang kehidupan peribadi awak.

140
00:07:44,339 --> 00:07:45,340
Ia cantik.

141
00:07:45,424 --> 00:07:47,801
Jadi, jika ada sesiapa bimbang dan marah,

142
00:07:47,885 --> 00:07:49,303
tinggalkan nota di dalamnya.

143
00:07:50,095 --> 00:07:52,890
Jika awak ada masalah dengan warna tuala

144
00:07:52,973 --> 00:07:55,184
atau makanan dalam mesin layan diri.

145
00:07:55,267 --> 00:07:56,268
Awak semua sukakannya?

146
00:07:58,353 --> 00:08:00,772
Bagus. Jumpa esok.

147
00:08:01,648 --> 00:08:04,651
Prestasi kita sederhana,
kalah tiga daripada empat perlawanan

148
00:08:04,735 --> 00:08:07,988
dan awak mahu tahu jika snek
dalam bilik lokar ini sedap?

149
00:08:08,071 --> 00:08:09,281
Ia sedap?

150
00:08:09,990 --> 00:08:10,991
Oh Tuhan.

151
00:08:13,285 --> 00:08:14,286
Ia tak sedap.

152
00:08:30,886 --> 00:08:32,638
Awak terpaksa tunggu lama, Ted.

153
00:08:33,889 --> 00:08:35,807
Saya hormati awak kerana tak bergegas.

154
00:08:35,890 --> 00:08:38,393
Bagaimana dengan hari pertama?

155
00:08:38,477 --> 00:08:39,477
Saya tak pasti

156
00:08:39,561 --> 00:08:42,063
unit sukatan paling rendah di sini,

157
00:08:42,147 --> 00:08:44,358
tapi, itulah pencapaian saya.

158
00:08:44,441 --> 00:08:46,527
Tapi, awak nampak masih bersemangat.

159
00:08:50,781 --> 00:08:52,074
Mengagumkan.

160
00:08:54,201 --> 00:08:56,745
Awak mahu jadi singa atau panda?

161
00:08:56,828 --> 00:08:58,121
Saya tak ada masa untuk ini.

162
00:08:58,830 --> 00:09:00,123
Okey.

163
00:09:00,207 --> 00:09:01,708
- Ted?
- Saya pilih panda.

164
00:09:02,292 --> 00:09:06,505
Awak gila? Panda gemuk, pemalas
dan bulunya kotor.

165
00:09:06,588 --> 00:09:10,300
Singa kuat, hebat dan menguasai hutan.

166
00:09:10,384 --> 00:09:12,553
Cuba cakap begitu kepada gajah.
Boleh saya jadi gajah?

167
00:09:12,636 --> 00:09:13,679
Singa atau panda.

168
00:09:13,762 --> 00:09:14,930
- Panda.
- Singa!

169
00:09:15,013 --> 00:09:17,182
- Apa berwarna hitam, putih dan merah?
- Saya tak tahu. Apa?

170
00:09:17,266 --> 00:09:21,186
Panda yang mendekati singa.
Jawapannya singa.

171
00:09:22,646 --> 00:09:23,814
Baiklah.

172
00:09:23,897 --> 00:09:26,275
Rebecca wanita tinggi yang menakutkan.

173
00:09:26,358 --> 00:09:29,152
Sebaik saja dia merenung saya,
saya akan mula berpeluh.

174
00:09:29,236 --> 00:09:32,656
Tak. Dia menjaga perasaannya
tapi awak perlu menembusinya.

175
00:09:32,739 --> 00:09:33,740
Hai, sayang.

176
00:09:36,368 --> 00:09:37,870
Ini kuncinya.

177
00:09:37,953 --> 00:09:40,581
Hei, Jamie, awak mahu jadi apa?
Singa atau panda?

178
00:09:41,373 --> 00:09:43,041
Saya mahu jadi diri sendiri.

179
00:09:43,125 --> 00:09:44,543
Kenapa saya mahu jadi benda lain?

180
00:09:44,626 --> 00:09:47,880
Saya tak pasti jika awak sedar
yang itu bagus dari segi psikologi.

181
00:09:49,715 --> 00:09:50,716
Jumpa lagi.

182
00:09:51,675 --> 00:09:52,843
<i>Night Court.</i>

183
00:09:52,926 --> 00:09:54,178
Wah.

184
00:09:54,261 --> 00:09:55,888
- Dia singa.
- Semestinya singa.

185
00:09:55,971 --> 00:09:58,640
Awak tahu panda makan buluh
seberat badannya? Anak saya yang beritahu.

186
00:09:58,724 --> 00:10:00,267
- Tak tahu!
- Apa maksud awak?

187
00:10:00,350 --> 00:10:01,810
Panda boleh lakukannya.

188
00:10:01,894 --> 00:10:03,854
Saya tak tahu berapa kerap ia lakukannya.

189
00:10:05,564 --> 00:10:07,691
<i>Statistik Sam merosot
sejak dia tinggalkan Nigeria.</i>

190
00:10:07,774 --> 00:10:09,568
Mungkin Liga Premier
terlalu membebankan dia.

191
00:10:09,651 --> 00:10:11,987
Tak, dia cuma perlu
sesuaikan diri di sini.

192
00:10:12,070 --> 00:10:15,199
- Dia berumur 20 tahun Sabtu ini.
- Itu dia. Hari lahir.

193
00:10:15,282 --> 00:10:16,617
Kita buat sesuatu
yang istimewa untuk dia.

194
00:10:16,700 --> 00:10:18,952
Kita akan bantu Sam
untuk rasa gembira, okey?

195
00:10:19,036 --> 00:10:20,037
Hei.

196
00:10:24,583 --> 00:10:25,792
Mari lihat apa mereka tulis.

197
00:10:25,876 --> 00:10:26,877
"Dungu."

198
00:10:27,669 --> 00:10:30,881
Mari lihat yang lain, "Berambus, dungu."

199
00:10:33,258 --> 00:10:34,718
"Saya harap awak tercekik Big Mac."

200
00:10:34,801 --> 00:10:37,304
- Mujurlah ia tanpa nama.
- Tak, Roy tandatanganinya.

201
00:10:37,387 --> 00:10:38,388
- Roy.
- Ini bagus.

202
00:10:38,472 --> 00:10:41,391
"Tekanan pancuran lemah." Ingat ini.

203
00:10:42,851 --> 00:10:45,103
"Dungu." Ya.

204
00:10:45,771 --> 00:10:47,981
Saya tak akan baca dengan kuat.

205
00:10:48,857 --> 00:10:49,942
"Dungu" lagi.

206
00:10:50,025 --> 00:10:52,945
Awak tak patut biar mereka
panggil awak dungu, Ted. Ia teruk.

207
00:10:53,362 --> 00:10:54,363
Apa maksud dungu?

208
00:10:56,365 --> 00:10:58,450
Saya belajar gunakan visual,
ia membantu. Terima kasih.

209
00:10:59,284 --> 00:11:00,285
Tiada masalah.

210
00:11:01,495 --> 00:11:02,829
Okey, saya ada idea.

211
00:11:03,539 --> 00:11:06,834
Bagaimana jika bekerjasama
dengan penghibur ranggi

212
00:11:07,417 --> 00:11:10,212
untuk main gitar kecil untuk pelacur

213
00:11:10,295 --> 00:11:12,714
sambil kita baca hasil kerja
Alex Haley yang hebat?

214
00:11:12,798 --> 00:11:14,466
Awak akan bekerjasama
dengan Puss yang Pakai But,

215
00:11:14,550 --> 00:11:16,844
mainkan lut untuk pelacur,
sambil baca <i>Roots.</i>

216
00:11:16,927 --> 00:11:19,346
Bukan. <i>The Autobiography of Malcolm X.</i>
Saya kenakan awak.

217
00:11:19,429 --> 00:11:20,597
Baiklah.

218
00:11:20,681 --> 00:11:23,392
Ini dia. Pegang bir saya.

219
00:11:23,475 --> 00:11:26,645
Baiklah. Mari lihat kehebatan awak.
Apa yang awak boleh buat?

220
00:11:27,145 --> 00:11:28,230
Awak bergurau?

221
00:11:29,481 --> 00:11:30,315
Awak nampak?

222
00:11:30,399 --> 00:11:32,025
Dia mengelak daripada awak
seperti Tasmanian Devil.

223
00:11:32,109 --> 00:11:34,653
Betul. Kecuali tanpa...

224
00:11:42,035 --> 00:11:43,120
Salah lagi.

225
00:11:44,621 --> 00:11:46,707
Kenapa terlalu sukar untuk awak, Higgins?

226
00:11:46,790 --> 00:11:48,417
Sudah pukul berapa?

227
00:11:48,500 --> 00:11:50,752
Masa untuk "Biskut dengan Bos"!

228
00:11:51,670 --> 00:11:53,422
Serta Higgins! Hei.

229
00:11:53,964 --> 00:11:55,048
Saya minta diri.

230
00:11:55,132 --> 00:11:57,676
Hei, saya tak kisah
dengan seorang lagi tetamu, kawan.

231
00:11:58,719 --> 00:12:01,013
Hei, bos. Lihat ini.

232
00:12:01,096 --> 00:12:02,723
Kita sambung perbincangan semalam.

233
00:12:02,806 --> 00:12:04,516
Konsert pertama, Kenny Rogers, bukan?

234
00:12:04,600 --> 00:12:07,728
Konsert terbaik, ada Bestie Boys
di Festival HORDE, 1995.

235
00:12:07,811 --> 00:12:09,104
Awak akan suka cerita ini.

236
00:12:09,188 --> 00:12:11,023
Awak ada siaran perbicaraan O.J di sini?

237
00:12:11,106 --> 00:12:14,443
Ted, tolonglah. Saya tak suka
awak masuk ke sini sesuka hati awak.

238
00:12:14,526 --> 00:12:16,987
Bagaimana jika saya masuk
sambil menari begini?

239
00:12:17,070 --> 00:12:18,530
Atau saya boleh buat <i>moonwalk.</i>

240
00:12:18,614 --> 00:12:21,283
Walaupun ia menjadi tajuk utama,
ia gaya tarian menyeronokkan.

241
00:12:21,366 --> 00:12:24,077
- Ted.
- Awak perlu faham cara saya, okey?

242
00:12:24,161 --> 00:12:26,705
Semua di sini sebahagian
daripada pasukan dan AFC Richmond.

243
00:12:26,788 --> 00:12:28,248
Pasukan perlu bersatu, bukan?

244
00:12:28,332 --> 00:12:30,125
Saya dan Higgins
akan makan tengah hari hari ini.

245
00:12:30,209 --> 00:12:32,377
Ya. Kami akan makan salad di pejabat saya.

246
00:12:32,461 --> 00:12:33,795
Baiklah, jumpa nanti, bos.

247
00:12:33,879 --> 00:12:35,631
Higgins, jumpa
waktu makan tengah hari nanti.

248
00:12:35,714 --> 00:12:37,007
Jumpa nanti.

249
00:12:40,052 --> 00:12:42,387
Ya.

250
00:12:44,806 --> 00:12:46,725
Dia melampau.

251
00:12:49,770 --> 00:12:51,021
Memang teruk.

252
00:12:51,104 --> 00:12:53,398
Seseorang perlu periksa jika ia tersumbat.

253
00:12:54,066 --> 00:12:54,900
Oh Tuhan.

254
00:12:56,818 --> 00:12:58,070
Ya.

255
00:12:58,153 --> 00:13:00,072
Hei, Sam. Awak perlu naik sekarang.

256
00:13:00,155 --> 00:13:01,990
Higgins mahu bercakap dengan awak.

257
00:13:02,074 --> 00:13:03,492
Ayuh. Cepat.

258
00:13:05,953 --> 00:13:07,871
Ya. Dia sudah tiada.

259
00:13:07,955 --> 00:13:10,541
Tutup pintu. Hei, dengar, semua.

260
00:13:10,624 --> 00:13:12,417
Okey, hari lahir Sam Sabtu ini.

261
00:13:12,501 --> 00:13:14,920
Saya fikir jika kita boleh
kumpul duit dan belikan dia sesuatu.

262
00:13:15,003 --> 00:13:16,338
Hadiah yang hebat atau sesuatu.

263
00:13:16,421 --> 00:13:19,508
Nate akan datang
dengan satu lagi kotak yang hebat.

264
00:13:19,591 --> 00:13:21,426
Lihatlah ini. Ia ada muka!

265
00:13:21,510 --> 00:13:23,971
- Ia ada muka.
- Maaf. Kotak ini.

266
00:13:24,054 --> 00:13:26,139
- Masukkan duit dalam mulutnya.
- Okey, awak dengar?

267
00:13:26,223 --> 00:13:29,560
Masukkan duit dalam mulutnya.
Faham? Okey, bagus.

268
00:13:29,643 --> 00:13:30,811
Pergi kutip, Nate.

269
00:13:31,562 --> 00:13:32,563
Okey? Tolong dia.

270
00:13:32,646 --> 00:13:35,941
Baiklah. Hebat. Terima kasih, Colin.

271
00:13:39,486 --> 00:13:41,780
Masukkan duit dalam mulutnya.

272
00:13:43,907 --> 00:13:45,284
Sesuatu yang enak untuk awak.

273
00:13:48,287 --> 00:13:51,290
Gula-gula getah. Buat duit berbau wangi.

274
00:13:51,373 --> 00:13:53,625
Terima kasih, Jamie.
Awak sangat bertimbang rasa.

275
00:13:56,253 --> 00:13:57,963
Hei, Jamie. Sekejap.

276
00:13:58,046 --> 00:14:01,383
Saya cuma mahu berbual.
Awak masukkan gula-gula getah?

277
00:14:01,466 --> 00:14:03,385
- Ya.
- Kenapa awak buat begitu?

278
00:14:03,468 --> 00:14:05,554
- Maaf, jurulatih.
- Nate cuma cuba bantu kita.

279
00:14:05,637 --> 00:14:08,140
- Dia sebahagian daripada pasukan.
- Betul, jurulatih.

280
00:14:08,223 --> 00:14:09,892
Saya anggap pasukan
seperti kumpulan muzik.

281
00:14:09,975 --> 00:14:12,811
- Saya sukakannya.
- Jika kita Rolling Stones,

282
00:14:13,395 --> 00:14:15,856
saya jadi Mick Jagger,
sebab saya penyanyi utama.

283
00:14:15,939 --> 00:14:17,149
- Baiklah.
- Saya pandai menari.

284
00:14:17,232 --> 00:14:19,234
Pinggang yang ramping,
penampilan yang hebat. Saya faham.

285
00:14:19,318 --> 00:14:21,695
Roy akan jadi Keith Richards,

286
00:14:21,778 --> 00:14:24,072
sebab dia sudah tua dan
semua orang terkejut dia belum mati.

287
00:14:24,156 --> 00:14:25,574
Apa maksud awak?

288
00:14:25,657 --> 00:14:27,326
Roy, jika awak mahu mandi,

289
00:14:27,409 --> 00:14:29,536
awak patut tanggalkan baju panas dahulu.

290
00:14:35,876 --> 00:14:38,045
Saya cuma bergurau. Ya.

291
00:14:38,128 --> 00:14:39,880
Saya akan jadi lebih baik. Saya janji.

292
00:14:39,963 --> 00:14:41,882
Gembira mendengarnya. Ya.

293
00:14:48,931 --> 00:14:50,140
Marcus, apa soalan awak?

294
00:14:50,224 --> 00:14:52,643
Apa perasaan awak tentang perlawanan
hujung minggu ini?

295
00:14:52,726 --> 00:14:55,938
Bagi saya, mudah saja
untuk tewaskan mereka.

296
00:14:56,855 --> 00:14:58,106
- Jurulatih.
- Jurulatih!

297
00:14:59,316 --> 00:15:01,401
- Ya, di sana.
- Trent Crimm, <i>The Independent.</i>

298
00:15:01,485 --> 00:15:03,028
Saya ingat, Trent.

299
00:15:03,111 --> 00:15:06,281
Saya cuma mahu tahu.
Boleh jelaskan peraturan ofsaid?

300
00:15:07,574 --> 00:15:10,077
Trent, saya akan jelaskan sama
seperti Mahkamah Agung Amerika

301
00:15:10,160 --> 00:15:13,247
pada 1964 sewaktu
mereka mendefinasikan pornografi.

302
00:15:13,330 --> 00:15:15,499
Sukar untuk jelaskan,
tapi, awak akan tahu apabila melihatnya.

303
00:15:17,251 --> 00:15:20,629
- Ya, awak.
- Ernie Lounds, <i>The Sun.</i>

304
00:15:20,712 --> 00:15:21,922
Terima kasih.

305
00:15:22,005 --> 00:15:23,924
Soalan untuk Pn. Mannion.

306
00:15:24,007 --> 00:15:27,219
- Welton.
- Sudah tentu. Maaf.

307
00:15:27,302 --> 00:15:29,721
Ada apa-apa komen
tentang kekasih baru Rupert?

308
00:15:30,389 --> 00:15:33,642
Saya dan Rupert sudah berpisah, jadi...

309
00:15:34,268 --> 00:15:37,646
Dia boleh bersama mana-mana
model dan pelakon yang dia suka.

310
00:15:38,605 --> 00:15:42,025
Gadis yang muncul hari ini
gadis lain yang bersama Rupert

311
00:15:42,109 --> 00:15:43,110
semasa awak masih bersama.

312
00:15:44,236 --> 00:15:46,697
Dia cakap ia bermula lima tahun lalu.

313
00:15:46,780 --> 00:15:50,325
Hubungan itu masih kekal hingga sekarang.

314
00:15:54,955 --> 00:15:56,123
Oh.

315
00:15:57,749 --> 00:16:00,252
Saya fikir lelaki
tak boleh buat berbilang tugas.

316
00:16:02,296 --> 00:16:04,006
Malangnya itu saja masa yang ada.

317
00:16:04,089 --> 00:16:05,465
Terima kasih.

318
00:16:05,549 --> 00:16:06,550
Jurulatih!

319
00:16:10,512 --> 00:16:11,430
SEORANG LAGI!

320
00:16:11,513 --> 00:16:12,890
RUPERT MANNION DILIHAT BERSAMA
BINTANG MUDA DI CHELSEA

321
00:16:13,765 --> 00:16:15,767
Hei. Awak okey?

322
00:16:15,851 --> 00:16:17,895
Saya cuma mahu pastikan awak okey.

323
00:16:17,978 --> 00:16:19,563
Situasi tadi agak teruk.

324
00:16:19,646 --> 00:16:21,815
Wartawan memang begitu.

325
00:16:21,899 --> 00:16:22,900
Ya.

326
00:16:23,775 --> 00:16:27,362
Maaf, awak mahu seseorang poskannya?
Sebab ia bukan kerja saya.

327
00:16:28,405 --> 00:16:31,491
Tak. Ia kotak hadiah daripada anak saya.

328
00:16:32,576 --> 00:16:35,329
Mungkin ada sesuatu yang
boleh buat awak gembira.

329
00:16:35,412 --> 00:16:37,706
Ada batalion kecil tentera.

330
00:16:38,457 --> 00:16:39,750
Tertulis pada kad di sini.

331
00:16:39,833 --> 00:16:42,544
Saya patut susun di pangsapuri
supaya ia boleh melindungi saya.

332
00:16:46,298 --> 00:16:47,883
- Alat muzik buatan sendiri.
- Hebat.

333
00:16:47,966 --> 00:16:50,469
Cuma ada satu, jadi, awak tak boleh ambil.

334
00:16:50,552 --> 00:16:51,970
Hei.

335
00:16:52,804 --> 00:16:53,805
Lihatlah ini.

336
00:16:53,889 --> 00:16:57,768
Ini sos barbeku terbaik di Bandar Kansas,

337
00:16:57,851 --> 00:17:00,687
yang jadikannya antara
sos barbeku terbaik di dunia.

338
00:17:02,773 --> 00:17:03,774
Ya!

339
00:17:03,857 --> 00:17:06,609
Awak ada makanan
yang buat awak ingat tentang rumah,

340
00:17:06,693 --> 00:17:07,819
buat awak relaks dan gembira?

341
00:17:10,196 --> 00:17:11,198
Tidak.

342
00:17:13,742 --> 00:17:15,327
- Itu saja, Ted?
- Tak.

343
00:17:15,410 --> 00:17:19,039
Saya datang ke sini sebab ada masalah

344
00:17:19,122 --> 00:17:21,290
mencari cara berkomunikasi
dengan Jamie Tartt,

345
00:17:21,375 --> 00:17:23,961
dan saya mahu tahu
jika awak ada apa-apa nasihat.

346
00:17:24,044 --> 00:17:25,671
Maaf, malangnya...

347
00:17:27,381 --> 00:17:29,716
Awak nampak teruja.
Awak ada idea? Apa dia? Cakaplah.

348
00:17:29,800 --> 00:17:31,927
Saya mahu cakap
awak patut berbincang dengan Keeley.

349
00:17:32,010 --> 00:17:35,347
Hubungan awak berdua baik.
Dia kenal Jamie dengan rapat.

350
00:17:35,430 --> 00:17:37,599
Sebab itu awak jadi bos, bukan?

351
00:17:37,683 --> 00:17:39,893
Bagus. Saya akan beritahu rancangan saya.

352
00:17:39,977 --> 00:17:43,063
Saya akan beri salah satu permainan
tentera ini. Saya beri yang terbaik.

353
00:17:43,146 --> 00:17:46,066
Okey, ia akan jadi
pertahanan pertama awak,

354
00:17:46,149 --> 00:17:48,861
jika Ernie Lounds yang tak guna itu
datang semula, okey?

355
00:17:48,944 --> 00:17:51,613
Bagaimana?
Kita buat ia menghadap ke pintu.

356
00:17:52,114 --> 00:17:54,199
Baiklah, terima kasih. Saya hargainya.

357
00:17:57,953 --> 00:18:00,998
Ya! Awak nampak cantik. Pegang singa itu.

358
00:18:01,748 --> 00:18:03,417
Betul!

359
00:18:03,500 --> 00:18:05,627
Saya sukakannya. Mengaumlah, ya.

360
00:18:07,337 --> 00:18:08,797
Seksi, ya.

361
00:18:08,881 --> 00:18:12,342
Ya. Cantik. Baiklah.

362
00:18:12,426 --> 00:18:13,886
Bersedia untuk syot seterusnya.

363
00:18:13,969 --> 00:18:15,637
- Hai.
- Hei, apa khabar?

364
00:18:15,721 --> 00:18:17,264
Saya sihat. Apa khabar?

365
00:18:17,347 --> 00:18:19,850
Saya okey. Awak pilih singa?

366
00:18:19,933 --> 00:18:22,436
- Ya.
- Saya tersinggung, tapi nampak hebat.

367
00:18:22,519 --> 00:18:24,188
Saya nampak hebat.

368
00:18:24,897 --> 00:18:27,149
Tapi saya rasa ia lebih cantik
berbanding panda.

369
00:18:29,401 --> 00:18:30,485
Betul.

370
00:18:31,862 --> 00:18:33,155
- Saya lapar.
- Awak lapar?

371
00:18:33,238 --> 00:18:34,740
Kebanyakan singa memang lapar.

372
00:18:34,823 --> 00:18:36,325
- Mari pergi makan.
- Okey.

373
00:18:36,408 --> 00:18:38,076
- Awak lapar?
- Ya, ia percuma?

374
00:18:38,660 --> 00:18:40,078
Pasti awak seronok, bukan?

375
00:18:40,162 --> 00:18:41,330
Ya. Saya dapat bayaran yang banyak

376
00:18:41,413 --> 00:18:43,874
untuk pakai seperti haiwan
dan jual vodka berkafeina.

377
00:18:43,957 --> 00:18:45,584
Tapi saya boleh balik dengan tangan singa.

378
00:18:45,667 --> 00:18:47,711
Itulah kelebihannya. Ya.

379
00:18:47,794 --> 00:18:49,963
- Boleh suap saya?
- Ya. Silakan.

380
00:18:50,047 --> 00:18:51,965
- Terima kasih.
- Hati-hati. Sama-sama.

381
00:18:53,008 --> 00:18:55,844
Saya tahu awak bukan datang
cuma untuk suap saya makan.

382
00:18:56,595 --> 00:18:59,014
Betul cakap awak.
Saya mahu tanya tentang Jamie.

383
00:18:59,598 --> 00:19:00,849
Ya.

384
00:19:02,059 --> 00:19:03,727
Apa yang boleh beri dia motivasi?

385
00:19:04,770 --> 00:19:05,938
Puaskan nafsunya.

386
00:19:08,273 --> 00:19:09,399
Ada pilihan kedua?

387
00:19:11,360 --> 00:19:12,861
Suap saya lagi.

388
00:19:13,820 --> 00:19:15,072
Makanlah.

389
00:19:15,822 --> 00:19:18,075
Saya tahu dia akan menjadi bintang.

390
00:19:18,784 --> 00:19:21,078
Saya harap dia bersemangat

391
00:19:21,161 --> 00:19:23,664
dengan pembinaan pasukan
yang saya cuba buat. Itu saja.

392
00:19:23,747 --> 00:19:26,625
Sebenarnya, dia beri respons yang
bagus kepada pengukuhan positif.

393
00:19:26,708 --> 00:19:28,502
- Itu kepakaran saya.
- Baguslah.

394
00:19:28,585 --> 00:19:29,837
Okey. Makan.

395
00:19:32,464 --> 00:19:34,091
- Satu suapan lagi.
- Makanlah.

396
00:19:34,174 --> 00:19:35,133
Ya.

397
00:19:36,176 --> 00:19:38,303
- Gigitan yang besar.
- Ya.

398
00:19:38,387 --> 00:19:39,680
Ada sos tomato.

399
00:19:39,763 --> 00:19:41,515
Nampak seperti awak membaham antelop.

400
00:19:41,598 --> 00:19:42,891
- Tolong saya.
- Hati-hati. Sekejap.

401
00:19:42,975 --> 00:19:44,476
Saya dapat rasa ada banyak sos.

402
00:19:44,560 --> 00:19:46,436
Memang banyak dan saya cuma...

403
00:19:47,479 --> 00:19:48,480
Richmond!

404
00:19:48,564 --> 00:19:52,317
<i>Sebentar lagi berlangsung
Crystal Palace lawan AFC Richmond,</i>

405
00:19:52,401 --> 00:19:54,570
<i>bersama pengurus baru mereka, Ted Lasso.</i>

406
00:19:54,653 --> 00:19:59,491
<i>Pasti semua tertumpu kepada
fenomena muda, Jamie Tartt.</i>

407
00:19:59,575 --> 00:20:01,785
Baiklah, semua, sudah tiba masanya.

408
00:20:01,869 --> 00:20:03,328
Jurulatih, ada kata-kata terakhir?

409
00:20:03,412 --> 00:20:06,415
- Gerak pantas di luar.
- Gerak pantas di luar. Awak semua dengar.

410
00:20:06,498 --> 00:20:08,458
Itu saja daripada kami
dan ada satu perkara lagi.

411
00:20:08,542 --> 00:20:11,086
Selamat hari lahir, Sam!

412
00:20:20,429 --> 00:20:22,681
Babatunde memang terbaik.

413
00:20:24,600 --> 00:20:26,101
- Hei.
- Hei, berseronoklah.

414
00:20:27,477 --> 00:20:29,396
Hei, awak belikan saya Chin Chin.

415
00:20:29,479 --> 00:20:32,274
Saya makan semasa membesar.

416
00:20:32,941 --> 00:20:35,944
Kami tahu sudah lama awak tak balik,
jadi kami bawakan ia kepada awak.

417
00:20:36,028 --> 00:20:37,696
Awak semua hebat.

418
00:20:48,832 --> 00:20:51,293
- Hei. Selamat hari lahir, Sam.
- Terima kasih, jurulatih.

419
00:20:51,376 --> 00:20:53,170
Ada hadiah lain untuk awak di dalamnya.

420
00:20:53,253 --> 00:20:54,796
Apa ini, jurulatih?

421
00:20:55,464 --> 00:20:58,383
Anak saya berikan sepasukan tentera.

422
00:20:58,467 --> 00:21:00,177
Untuk pastikan saya selamat
sepanjang saya tiada.

423
00:21:01,720 --> 00:21:02,888
Saya rindukan dia.

424
00:21:03,680 --> 00:21:07,309
Ayah saya selalu cubit
cuping telinga saya untuk nasib baik.

425
00:21:08,977 --> 00:21:10,812
Sudahlah.

426
00:21:14,525 --> 00:21:15,526
Maaf, jurulatih.

427
00:21:16,944 --> 00:21:19,196
Awak marah jika saya tak ambil ini?

428
00:21:19,279 --> 00:21:22,824
Saya tak sukakan tentera Amerika
sama seperti awak.

429
00:21:22,908 --> 00:21:24,910
Baiklah.

430
00:21:24,993 --> 00:21:26,703
- Imperialisme. Betul.
- Imperialisme.

431
00:21:26,787 --> 00:21:28,413
Terima kasih, jurulatih.

432
00:21:28,497 --> 00:21:29,414
Baiklah, semua.

433
00:21:29,498 --> 00:21:32,709
Mari keluar dan
kalahkan Crystal Palace, okey?

434
00:21:35,462 --> 00:21:36,713
<i>Barat bertemu Selatan sekali lagi.</i>

435
00:21:36,797 --> 00:21:40,175
<i>Ia hari perlawanan pasukan tempatan
di London dan suasana penuh keterujaan.</i>

436
00:21:40,259 --> 00:21:43,345
<i>Dengan pemilik baru di bilik lembaga
dan pengurus baru di bangku pemain,</i>

437
00:21:43,428 --> 00:21:47,266
<i>ada sinar baru untuk AFC Richmond
yang selalu gagal?</i>

438
00:21:47,891 --> 00:21:50,727
Selamat datang ke stadium yang digelar
"Trek Anjing" oleh peminat tuan rumah.

439
00:21:50,811 --> 00:21:55,357
Ia Stadium Nelson Road,
untuk AFC Richmond lawan Crystal Palace.

440
00:21:55,440 --> 00:21:58,277
Saya Arlo White dan ini Chris Powell.

441
00:21:58,360 --> 00:22:00,028
<i>Gembira dapat berada di sini, Arlo.</i>

442
00:22:00,654 --> 00:22:02,239
- Awak dah sedia?
- Zip awak terbuka.

443
00:22:02,990 --> 00:22:04,616
Terima kasih.

444
00:22:04,700 --> 00:22:05,701
Baiklah, marilah pergi.

445
00:22:06,660 --> 00:22:08,745
<i>Chris, awak pernah bermain
di bawah pengurus Amerika?</i>

446
00:22:08,829 --> 00:22:12,332
<i>Tak pernah, Arlo. Saya tak kisah.
Saya faham bahasa mereka.</i>

447
00:22:13,834 --> 00:22:16,336
Dungu!

448
00:22:23,760 --> 00:22:27,306
<i>Untuk peminat di rumah,
maaf untuk bahasa kasar itu.</i>

449
00:22:27,389 --> 00:22:29,141
Dungu!

450
00:22:29,725 --> 00:22:32,311
<i>Pengambilan berisiko
oleh pemilik baru, Rebecca Welton.</i>

451
00:22:32,394 --> 00:22:34,646
<i>Dia tahu sesuatu yang kita tak tahu?</i>

452
00:22:34,730 --> 00:22:36,064
Dungu!

453
00:22:36,148 --> 00:22:38,275
Beri dia peluang.

454
00:22:40,777 --> 00:22:42,070
Dungu!

455
00:22:42,154 --> 00:22:44,072
Ada 90 minit untuk buktikan
mereka salah, bukan?

456
00:22:44,781 --> 00:22:45,782
Mari cuba.

457
00:22:45,866 --> 00:22:47,451
<i>Ini dia.</i>

458
00:22:48,410 --> 00:22:49,912
TAMAT PERMAINAN
A.F. C. RICHMOND 1 - 4 CRYSTAL PALACE F. C

459
00:22:49,995 --> 00:22:51,205
<i>Itu dia.</i>

460
00:22:51,288 --> 00:22:54,291
<i>Permulaan yang teruk untuk era Ted Lasso.</i>

461
00:22:56,668 --> 00:23:01,757
<i>Richmond nampak tak bersatu,
tak bersemangat dan tak gembira.</i>

462
00:23:01,840 --> 00:23:04,426
<i>Palace menang dan Richmond kalah
empat berbalas satu.</i>

463
00:23:04,510 --> 00:23:07,888
<i>Satu-satunya sorotan penting
ialah pertahanan oleh Sam Obisanya.</i>

464
00:23:07,971 --> 00:23:09,223
Satu-satunya sorotan penting?

465
00:23:09,681 --> 00:23:12,809
Tanpa saya, ia akan jadi
empat berbalas kosong, si tua tak guna.

466
00:23:12,893 --> 00:23:15,854
<i>Gol sagu hati sia-sia untuk
Jamie Tartt pada waktu kecederaan.</i>

467
00:23:15,938 --> 00:23:17,231
Terima kasih!

468
00:23:18,357 --> 00:23:19,983
Jamie. Masuk sebentar.

469
00:23:20,067 --> 00:23:21,527
<i>Tentang Jamie Tartt,</i>

470
00:23:21,610 --> 00:23:24,613
<i>ia gol yang sia-sia oleh
pemain pinjaman dari Manchester City,</i>

471
00:23:24,696 --> 00:23:27,074
<i>tapi dia raikannya
seperti menang Piala Dunia.</i>

472
00:23:30,410 --> 00:23:32,287
Saya baru kenal awak, tapi...

473
00:23:33,413 --> 00:23:36,208
Sebenarnya awak atlet terbaik
saya pernah latih.

474
00:23:38,377 --> 00:23:39,378
Wah.

475
00:23:40,546 --> 00:23:42,798
Saya bekerja keras.

476
00:23:42,881 --> 00:23:43,882
Saya tahu.

477
00:23:44,508 --> 00:23:46,969
Awak memang hebat
dengan semua aksi awak di padang.

478
00:23:47,970 --> 00:23:49,179
Cuma satu saja.

479
00:23:49,263 --> 00:23:50,347
Hantaran kaki kiri saya?

480
00:23:50,430 --> 00:23:54,643
Bukan. Jamie, saya rasa awak terlalu yakin
awak satu dalam sejuta,

481
00:23:55,477 --> 00:23:58,105
dan kadangkala terlupa semasa di padang,
awak seorang daripada 11 pemain.

482
00:23:59,857 --> 00:24:04,236
Jika awak boleh cari jalan
untuk ubah "saya" kepada "kita"...

483
00:24:06,738 --> 00:24:08,198
awak akan sangat berjaya.

484
00:24:10,701 --> 00:24:12,494
Apa pun, ia gol yang hebat.

485
00:24:13,412 --> 00:24:14,538
Terima kasih.

486
00:24:19,668 --> 00:24:22,129
<i>Richmond jatuh ke kedudukan ke-13.</i>

487
00:24:22,212 --> 00:24:23,964
<i>Saya pasti ia hanya untuk sementara waktu.</i>

488
00:24:24,047 --> 00:24:25,465
<i>Awak bersikap optimis, Chris?</i>

489
00:24:25,549 --> 00:24:27,968
<i>Tak. Sebenarnya, saya pakai
Obsession daripada Calvin Klein.</i>

490
00:24:28,051 --> 00:24:30,137
Sangat memalukan!

491
00:24:31,180 --> 00:24:33,891
Saya juga marah.

492
00:24:33,974 --> 00:24:35,058
- Aduhai.
- Oh Tuhan.

493
00:24:35,142 --> 00:24:36,602
Oh Tuhan.

494
00:24:36,685 --> 00:24:38,437
- Tak tahu dia hebat.
- Bagus.

495
00:24:42,232 --> 00:24:43,317
Oh Tuhan.

496
00:24:53,452 --> 00:24:54,453
Hei, tolonglah.

497
00:24:55,078 --> 00:24:56,663
Hei, mari lupakannya, okey?

498
00:24:56,747 --> 00:24:59,082
Tingkatkan prestasi pada Isnin.
Sehingga itu...

499
00:24:59,166 --> 00:25:03,587
Hei, DJ Beard,
boleh awak naikkan semangat kami?

500
00:25:04,963 --> 00:25:07,382
Lagu Phife Dawg dan Q-Tip
untuk awak semua.

501
00:25:08,217 --> 00:25:10,260
Ayuh. Mari makan kek.

502
00:25:10,344 --> 00:25:13,180
Hari ini hari lahir Sam.
Nikmatilah sedikit gula.

503
00:25:13,263 --> 00:25:14,264
Silakan.

504
00:25:15,974 --> 00:25:17,601
APABILA KALI PERTAMA MELIHAT BOLA

505
00:25:17,684 --> 00:25:18,685
DUNGU

506
00:25:18,769 --> 00:25:19,811
♪PECATLASSO

507
00:25:22,523 --> 00:25:24,024
Hei, awak berdua.

508
00:25:24,107 --> 00:25:28,153
Saya bawa manisan untuk
merawat hati disebabkan kekalahan itu.

509
00:25:30,072 --> 00:25:31,615
- Ya.
- Terima kasih.

510
00:25:31,698 --> 00:25:35,452
Kami boleh bermain lebih hebat
berbanding hari ini.

511
00:25:37,246 --> 00:25:41,500
Saya tahu ia permintaan yang keterlaluan
jika minta awak raikan dengan pasukan.

512
00:25:41,583 --> 00:25:43,418
Tunjukkan yang mereka
masih dapat sokongan.

513
00:25:44,878 --> 00:25:47,005
Itu saja pujukan saya, okey?

514
00:25:49,007 --> 00:25:51,510
Ted, awak tahu apa yang meyakinkan saya?

515
00:25:52,427 --> 00:25:55,722
Jika awak beritahu di mana
awak beli biskut enak itu.

516
00:25:56,765 --> 00:25:59,852
Jika begitu, saya tak boleh beri
kepada awak pada hari Isnin, bukan?

517
00:26:01,770 --> 00:26:03,605
Baiklah. Harap dapat jumpa
awak berdua di bawah.

518
00:26:04,731 --> 00:26:05,732
Kek yang enak.

519
00:26:08,318 --> 00:26:10,404
Jamie! Trent Crimm, <i>The Independent.</i>

520
00:26:10,487 --> 00:26:14,533
Kalah agak teruk hari ini.
Apa perasaan awak?

521
00:26:15,284 --> 00:26:18,954
Bukan saya seorang saja. Kami sepasukan.
Saya seorang daripada 11 pemain.

522
00:26:20,330 --> 00:26:21,748
- Kemenangan mudah.
- Okey.

523
00:26:21,832 --> 00:26:22,833
Mereka teruk.

524
00:26:27,504 --> 00:26:30,424
Ya. Saya rasa kecewa.

525
00:26:30,507 --> 00:26:32,885
Mereka semua di dalam, sedang makan kek.

526
00:26:32,968 --> 00:26:35,137
- Awak serius?
- Ya, saya serius.

527
00:26:35,220 --> 00:26:38,640
Jurulatih baru itu pasang muzik.
Ia seperti parti. Kelakar.

528
00:26:59,870 --> 00:27:03,498
Hati-hati.
Jurulatih sudah baiki tekanan air.

529
00:27:05,083 --> 00:27:06,585
Saya tak suka kalah.

530
00:27:06,668 --> 00:27:08,128
Jangan terburu-buru, jurulatih.

531
00:27:08,212 --> 00:27:10,047
- Selamat malam, jurulatih.
- Selamat malam, jurulatih.

532
00:27:12,883 --> 00:27:14,051
Dia sudah muncul.

533
00:27:14,885 --> 00:27:17,012
- Saya tonton perlawanan itu.
- Betul? Apa pendapat awak?

534
00:27:17,095 --> 00:27:18,263
Awak teruk.

535
00:27:19,097 --> 00:27:20,974
- Ya, mungkin betul.
- Ya.

536
00:27:21,058 --> 00:27:22,976
Saya mahu nasihat awak tentang sesuatu.

537
00:27:23,977 --> 00:27:26,480
Apa pendapat awak...
Lihatlah! Awak terkena!

538
00:27:26,563 --> 00:27:28,565
- Okey, saya pandang rendah kepada awak.
- Ya.

539
00:27:28,649 --> 00:27:31,193
Tiada siapa jangkakannya.
Apa kebolehan awak?

540
00:27:31,276 --> 00:27:33,612
Pantas. Okey, saya mahu
letakkan beg galas dahulu.

541
00:27:33,695 --> 00:27:34,780
Kita akan main dengan serius.

542
00:27:34,863 --> 00:27:37,032
- Biar saya buat regangan sekejap.
- Baiklah.

543
00:27:37,115 --> 00:27:39,368
Ini dia. Okey.
Baiklah, awak dalam masalah sekarang.

544
00:27:39,451 --> 00:27:40,786
Bernafaslah.

545
00:27:56,969 --> 00:27:58,136
Apa?

546
00:27:58,220 --> 00:27:59,388
Saya baru hantar gambar.

547
00:28:04,059 --> 00:28:05,561
Itu yang saya mahu.

548
00:28:07,855 --> 00:28:10,816
Teman wanita pemain bintang
dan pengurus baru.

549
00:28:12,484 --> 00:28:14,069
Awak pasti mahu lakukannya?

550
00:28:14,152 --> 00:28:16,488
<i>Wartawan akan musnahkan mereka.</i>

551
00:28:27,082 --> 00:28:28,500
<i>Cik Welton?</i>

552
00:28:28,584 --> 00:28:31,920
GOSIP TERKINI
CINTA BARU, LAMA RUPERT MANNION

553
00:28:34,089 --> 00:28:35,174
Lakukannya.

554
00:29:11,752 --> 00:29:13,754
Terjemahan Sari Kata Oleh Hani Hamid

